INFAQ RAMADHAN DAN BAKUL KASIH UMMAH
Tolong menolong berlandaskan kebajikan dan ketakwaan sesama insan merupakan satu peribadi yang disukai dalam Islam. Ianya merupakan satu ibadah dan juga sunnah Rasulullah SAW. Apatah lagi membantu mereka yang berada dalam kesusahan dan sangat memerlukan pertolongan.
Amalan membantu orang lain dalam kesempitan meninggalkan kesan yang amat besar kepada jiwa manusia. Seseorang insan dididik dengan rasa syukur dan pemurah dengan menghulurkan pertolongan kepada insan lain. Allah juga tidak akan mensia-siakan amalan mulia ini tanpa ganjaran yang sebaiknya dari sisi Allah SWT.
Maka, ringankanlah beban dan lapangkanlah kesempitan insan yang memerlukan dengan menyumbang kepada dana Infaq Ramadhan dan Bakul Kasih Ummah ini.
“Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa memberi kelapangan seorang muslim dari kesempitan dunia maka Allah akan melapangkannya di hari kiamat dan barangsiapa meringankan orang yang menderita maka Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan di akhirat…”
Maka marilah berinfaq seikhlas hati bersama Ummah Care Malaysia sempena Ramadhan ini. InsyaAllah Apa yang diberikan akan dilipatgandakan ganjarannya dan digantikan dengan yang lebih baik