KOMPLEKS PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH
"Setiap manusia pernah berbuat salah. Namun yang paling
baik dari yang berbuat salah adalah yang mahu bertaubat”.
(Riwayat At Tirmidzi)
Membiarkan mereka terus menerus berada dalam keadaan sebegini bukanlah tindakan terbaik untuk masyarakat dalam mengatasi masalah ini. Sebaliknya ia
akan menjadi ibarat api dalam sekam yang akan merosakkan generasi masa hadapan.
Oleh itu, Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. Usaha ini bagi membantu
menyelamatkan wanita-wanita yang terbabit dengan masalah dianiaya oleh keluarga sendiri dan juga masalah dadah dan salah laku daripada derita dan juga sengsara yang berterusan.
Ummah Care Malaysia berhasrat memberi perlindungan dan pemulihan kepada mereka kearah kehidupan lebih baik dan bermakna. Selagi hayat dikandung
badan, Selagi itu ada ruang untuk berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik.
Harapan selalu ada buat mereka yang berusaha .
Ayuh tuan puan, sempena Ramadan kali ini, kita bantu anak anak dan wanita kita kembali ke pangkal jalan.
Kita hadiahkan mereka tempat berlindung dan tempat belajar agama.