PEMBANGUNAN KOMPLEKS SURAU WARGA EMAS BAITUN NUR
Kompleks Surau Warga Emas Baitun Nur terletak di Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah. Kompleks ini hanya mempunyai sebuah surau yang kecil dan tidak mampu menampung bilangan penghuni yang ramai.
Surau ini akan digunakan untuk aktiviti pembangunan masyarakat dan keagamaan di sini.
Oleh itu, sumbangan amat diperlukan bagi meluaskan ruang solat, menyiapkan bilik air, bilik wudhuk, serta sistem perparitan yang sempurna. Selain itu, kompleks ini masih memerlukan penambahan 18 unit rumah warga emas, rumah guru, pejabat pengurusan, dewan serbaguna, pagar disekeliling kompleks dan juga jalan berturap.
Maka marilah bersama-sama kami, Ummah Care Malaysia bagi membantu membangunkan surau kompleks ini agar dapat memberi maafaat yang sebaiknya buat penghuni dan juga masyarakat setempat.
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Sesiapa yang memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. (Sahih Muslim)