Masjid Al Ummah Daerah Badian, Cebu Philipines
Projek pembinaan Masjid daerah Badian, Filipina untuk 3000 orang saudara muallaf Filipina.
Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, di daerah Badian , Cebu, Filipina ini, masih belum ada masjid yang dibina untuk masyarakat Islam di sana. Sangat susah bagi masyarakat Islam di sana untuk melaksanakan aktiviti keagamaan disebabkan ketiadaan masjid ini.
Wakaf KOMPLEKS MASJID AL-UMMAH DAERAH BADIAN, CEBU, FILIPINA
Kompleks Masjid Al-Ummah ini bakal menjadi masjid pertama di daerah ini dan yang paling besar di Selatan Cebu. Masjid ini akan berupaya memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk Muslim di kawasan tersebut dan juga kawasan sekitar.Â
Proses pembinaan kompleks masjid ini bermula sejak Mei 2023 lagi. Kos keseluruhan berjumlah RM 1.5 juta. Sehingga Disember 2023 ini hampir 50 peratus pembinaan masjid telah berjaya disiapkan.
Cita-cita ini besar namun keupayaan kewangannya terhad. Masih banyak yang perlu dilaksanakan. Banyak yang masih tiada seperti rumah guru dan tetamu, bilik air dan tempat wudhu’, dewan pengajian, pagar sekeliling dan beberapa perkara lagi. Faktor kewangan terutamanya sangat memberi pengaruh besar kepada pembinaan ini.
Jom bersama kami membantu dan merealisasikan hasrat masyarakat Islam di daerah Badian ini. Sumbangan seikhlas hati dan semampunya. InsyaAllah semoga ia akan menjadi saham akhirat kita di sana kelak
LUAS MASJID AL UMMAH
55.11 x 33.4 = 1840 (Atas)
55.11 x 82.5= 4545 (Bawah)
6385 (Keluasan atas bawah)
Boleh percaya ke ummah care malaysia ni?
- Ummah Care Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-003-07-15112066
- Ummah Care Malaysia telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan, antaranya adalah bantuan kemanusiaan (dalam & luar negara), bantuan kecemasan bencana, bantuan makanan buat fakir miskin, agihan Al-Quran dan juga bantuan untuk mendirikan pondok pengajian.
- Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan, bleh hubungi pegawai khidmat kami di talian: 04-786 0478
pengiktirafan ummah care malaysia


















