PENERAJU KASIH UMMAH
UMMAH CARE MALAYSIA
Medan penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan ideologi
DAKWAH FILIPINA
Aktiviti difokuskan di kawasan Filipina Tengah iaitu Pulau Cebu. Fokus utama ialah Pembangunan Kompleks Masjid Daerah Tabuelan, Pulau Cebu, Filipina. Kos melibatkan RM 1.5 juta meliputi Kawasan binaan seluas 670 meter persegi. Pembangunan termasuklah masjid dua tingkat, rumah guru dan bilik musafir dan dewan terbuka untuk pengajian. Pembangunan masjid ini akan dilengkapkan dengan program cepat membaca al-Quran, iftar, korban dan aqiqah serta program pembangunan guru dan pelajar. Penduduk Islam 98 peratus ialah mualaf yang baru bersama Islam berjumlah hampir 3000 orang.
penghubung kasih ummah
Jom sama-sama kita berganding usaha murni dalam dakwah ini
take action...
Terdapat banyak cara untuk terlibat dan mengetahui lebih lanjut tentang UMMAH CARE MALAYSIA. Ketahui lebih lanjut tentang acara dan aktiviti yang akan datang, berinteraksi dengan kami di media sosial, atau cari tahu lebih lanjut tentang peluang untuk menyokong dan berdakwah bersama UMMAH CARE MALAYSIA.
Wakaf - KOMPLEKS MASJID PUSAT ILMU KUALA PAI
Pusat Ilmu Kuala Pai merangkumi tahfiz Akademi Al Quran dan Dakwah Ummah (AQDU) dan juga Kompleks Warga Emas Baitun Nur. Terletak di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Wakaf KOMPLEKS PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH
Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. Usaha ini bagi membantu menyelamatkan wanita-wanita yang terbabit dengan masalah dianiaya oleh keluarga sendiri dan juga masalah dadah dan salah laku daripada derita dan juga sengsara yang berterusan.
Wakaf KOMPLEKS PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH
Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. Usaha ini bagi membantu menyelamatkan wanita-wanita yang terbabit dengan masalah dianiaya oleh keluarga sendiri dan juga masalah dadah dan salah laku daripada derita dan juga sengsara yang berterusan.
Wakaf KOMPLEKS MASJID AL-UMMAH DAERAH BADIAN, CEBU, FILIPINA
Kompleks Masjid Al-Ummah ini bakal menjadi masjid pertama di daerah ini dan yang paling besar di Selatan Cebu. Masjid ini akan berupaya memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk Muslim di kawasan tersebut dan juga kawasan sekitar.
Presiden, Ummah Care Malaysia
CUPLIKAN ;
- Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria
visi
Menjadi saluran utama sebagai
peneraju kasih ummah bagi
mendepani permasalahan dalam
masyarakat
misi
-Mengumpul dana dan menyalurkan sumbangan kepada semua golongan yang memerlukan.
-Menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta memberikan khidmat bantuan kepada golongan kurang upaya dan miskin tegar.
-Bertindak sebagai ‘one stop centre’ dan peneraju kasih ummah kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit dan ideologi
misi kemanusiaan










@ummahcaremalaysia Kampung Tabuelan tidak mempunyai masjid dan tanah perkuburan walaupun masyarakat minoriti islam sudah mencapai ratusan orang. Seorang tokwan bernama Nelson menyumbangkan tanahnya kepada kerja kerja mendirikan masjid. Ini rayuan kami kepada tuan puan #ummahcaremalaysia ♬ original sound - Ummah Care Malaysia














ummah care malaysia
Penghubung Kasih Ummah


















platform infak yang telus, terbukti & dipercayai
penghubung kasih ummah
Jom sama-sama kita berganding usaha murni dalam dakwah ini dan sertai program sukarelawan kami.



