BELAJARLAH DARI KECIL

“Anak Ibarat kain putih”

Ayat ini memberi makna dan pengertian besar apabila diteliti dan difahami. Ringkas tetapi penuh maksud tersirat.

Dari sehelai kain putih yang suci tanpa kotoran, pemiliknyalah yang akan menentukan hasil akhir sama ada cantik atau tidak corak yang dihasilkan. Apa jua corak yang dihasilkan pastinya sang pemilik mahu ianya menjadi hasil yang cemerlang.

Begitu juga dalam dunia anak-anak. Setiap anak akan menjadi seperti mana yang diasuh dan dididik oleh kedua ibubapa. Peribahasa Melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” jelas menunjukkan bahawa anak-anak perlu dididik dari usia muda supaya dapat membentuk akhlak yang baik sehingga dewasa kelak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *