Uncategorized

AIDIL ADHA 2026 DI CEBU,FILIPINA

“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (22:28) Aidil Adha 1447H/2026 memberi peluang sekali lagi kepada Ummah Care Malaysia untuk melaksanakan program Ibadah Qurban di Filipina. Program kali ini dilangsungkan di Badian, Moal Boal dan Dumanjug bersama komuniti Islam di petempatan tersebut. Kali ini ia bukan sekadar program qurban dan agihan daging sahaja, ia turut juga melibatkan program agihan tudung kepada para Mualaf Muslimah di kawasan terbabit. Mengambil peluang ini juga team Ummah Care Malaysia dengan penglibatan beberapa rakan sukarelawan turut membuat agihan beras kepada para penduduk Muslim Mualaf di kawasan yang terlibat. Melalui program dan agihan seperti ini masyarakat Muslim Mualaf di sini dapat merasa dan menikmati daging halal yang sukar diperoleh di kawasan mereka.    

AIDIL ADHA 2026 DI CEBU,FILIPINA Read More »

ILMU DAN IMAN

Menuntut ilmu adalah sangat dituntut dalam Islam. Perkara ini berkait rapat dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “Iqra’ : Bacalah”.  Melalui wahyu ini sangat jelas bahawa menuntut ilmu amatlah penting kepada manusia. Islam melihat kewajipan menuntut ilmu sebagai asas kepada pembentukan tamadun dan peradaban Islam. Tuntutan kepada ilmu juga sangat penting kerana ianya dapat membimbing manusia ke arah terangnya iman. رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berikanlah aku pemahaman yang baik.” Islam menganjurkan kita membaca dan mengamalkan doa-doa tertentu sebagai membuka pintu kefahaman ilmu. Ada pelbagai doa yang boleh diamalkan yang telah disampaikan oleh para guru, alim ulama, para cendekiawan dan ilmuwan Islam sebagai rujukan.  اَللّٰهُمَّ انْفَعْنِيْ بِمَا عَلَّمْتَنِيْ، وَعَلِّمْنِيْ مَا يَنْفَعُنِيْ، وَزِدْنِيْ عِلْمًا “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku atas apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmu kepadaku.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah) اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Riwayat Ibn Majah (925)

ILMU DAN IMAN Read More »

PROGRAM PEMANTAPAN DAIE FILIPINA

Alhamdulillah dengan rasminya berakhir sudah Program Pemantapan Daie 2026. Program yang bertempat di Masjid Al-Ummah, Badian, Cebu, Filipina ini disertai oleh hampir 70 orang Mualaf dari beberapa pusat Islam terdekat. Pengisian program ini melibatkan pelbagai aspek. Antaranya pemantapan bacaan al-Quran & tajwid latihan imam dan bilal pengukuhan fardu ain latihan komunikasi dakwah adab & sahsiah daie pengisian kerohanian praktikal ibadah Majlis penutup disertakan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta dan juga petugas yang disampaikan oleh Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik selaku penaung Ummah Care Malaysia dan juga Presiden Briged Bakti Malaysia. Diharapkan para peserta dapat terus mengamalkan apa yang dipelajari dan diperolehi  melalui program ini dengan sebaiknya. Diharapkan juga semoga semua peserta dapat menjadi contoh kepada masyarakat luar sekaligus menjadi pendakwah dan imam kecil  kepada keluarga mereka khususnya. https://ummahcaremalaysia.com/wp-content/uploads/2026/05/50-reactions-·-11-shares-Summer-Class-Imamship-Training-For-Muslim-Reverts-5-April-5-May-2026.-Congratulations-sa-tanan-nga-mga-estudyante-ang-umaabot-nga.mp4https://ummahcaremalaysia.com/wp-content/uploads/2026/05/Program-daie-FB.mp4

PROGRAM PEMANTAPAN DAIE FILIPINA Read More »

TAHSIN SOLAT

Solat adalah tiang agama.  Ianya juga adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti. Oleh itu wajib bagi kita untuk memeliharanya pada setiap waktu.  Solat perlu dilakukan dengan sebaiknya dan sempurna. Kita perlu sentiasa mempelajari ilmu mengenai solat supaya solat kita sempurna dan menjadi ibadah yang diterima Allah SWT. Inilah yang dikatakan tahsin solat itu  yakni memperbaiki, memperelok dan meningkatkan mutu solat supaya ia dilaksanakan dengan lebih sempurna dalam keadaan khusyuk dan memenuhi segala rukun serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat. “Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang akan dihisab oleh Allah SWT adalah solatnya. Jika elok solatnya maka dia akan berjaya (dalam proses hisab tersebut), jika rosak solatnya maka dia adalah orang yang rugi.” Riwayat al-Tirmizi (413) Bagaimana caranya untuk kita tahsin solat supaya menjadi lebih  baik? Mengenal Allah SWT melalui ilmu-ilmu yang diperoleh dari sumber yang sahih supaya dapat mengelakkan keraguan mengenai ibadah solat dan juga ibadah-ibadah lain. Merenung kekuasaan Allah SWT di sekeliling alam. Sentiasa membaca Al-Quran dengan menumpukan kepada kefahaman dan tadabbur. Berzikir kepada Allah SWT Melawan hawa nafsu Menjauhkan hati dan diri dari perkara perkara yang lalai dan maksiat.

TAHSIN SOLAT Read More »

AKHLAK TERHADAP JIRAN TETANGGA

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” Riwayat al-Bukhari (6475) dan Muslim (47) Kamus Dewan mendefinisikan jiran sebagai orang yang berada dekat dengan rumah kita. Menurut syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut. Dalam kehidupan berjiran ini kita perlu mematuhi dan mengamalkan adab kejiranan. Antara amalan baik hidup berjiran adalah berkongsi rezeki dengan jiran. Nabi Muhammad ﷺ menasihatkan agar kita memasak makanan lebih dan memberikannya kepada jiran, sebagaimana hadis berikut: “Wahai Abu Zar, apabila kamu memasak makanan berkuah, maka perbanyaklah airnya dan berikanlah sebahagiannya kepada jiranmu.” (Riwayat Muslim) Hadis ini menunjukkan betapa Islam menggalakkan kita untuk peduli terhadap jiran, terutama sekali apabila kita memiliki rezeki yang lebih. Berkongsi makanan bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menambah keberkatan dalam rezeki yang kita perolehi. Kesimpulannya penting bagi kita mengambil berat terhadap jiran-jiran supaya masyarakat dapat hidup harmoni antara satu sama lain seperti mana yang dianjurkan dalam Islam.

AKHLAK TERHADAP JIRAN TETANGGA Read More »

DAKWAH KEPADA ORANG SEKELILING

Kelas fardhu ain sedang dijalankan di Masjid Isa Ibnu Maryam, Pulau Camotes, selepas solat maghrib. Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT: وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Imran: 104)

DAKWAH KEPADA ORANG SEKELILING Read More »

SYAWAL BULAN KEMENANGAN

Bulan Syawal merupakan bulan yang dinanti selepas berakhirnya Ramadhan. Semua umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal dengan kegembiraan. Aidilfitri adalah masa yang ditunggu untuk berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara. Ia merupakan simbol hari kemenangan apabila manusia berjaya menahan nafsu, mendidik jiwa, memperbaiki akhlak, serta memperkukuh hubungan dengan Allah SWT dan sesama makhluk. Persiapan menyambut Aidilfitri dilaksanakan sebaik mungkin. Pakaian dipastikan kemas dan cantik, juadah yang bakal dihidangkan untuk para tetamu akan disiapkan sebaiknya. Pada waktu seperti inilah kemeriahan raya akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran insan yang dinanti. Apa yang penting untuk dihayati adalah Aidilfitri bukan hanya ruang untuk meraikan kemeriahan luaran, tetapi juga detik untuk mensyukuri kemenangan rohani yang dicapai. Apa sahaja amalan murni yang diamalkan perlu diteruskan untuk hari dan bulan seterusnya, bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja.  Masyarakat Muslim bergambar kenangan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Umm Bilal, Casoy, Toledo. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka rayakan. Maka Baginda bersabda: Allah telah menggantikan dua hari tersebut dengan dua hari yang lebih baik, iaitu Hari Aidilfitri dan Hari Aidiladha.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, No. 1134 – Sahih) Hadis ini menjelaskan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang diiktiraf dan disyariatkan dalam Islam sebagai ganti kepada perayaan yang tidak bersandarkan kepada tauhid. Maka, Aidilfitri adalah simbol kesyukuran, keimanan dan ketaatan setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan penuh.

SYAWAL BULAN KEMENANGAN Read More »

IFTAR DI MASJID AL-UMMAH, BADIAN, FILIPINA

Alhamdulillah 2 Mac 2026 bersamaan 12 Ramadhan 1447, satu Mass Iftar diadakan di Masjid al Ummah, Badian Cebu Filipina. Kurang lebih 100 mualaf terdiri dari para jiran dan penduduk kampung diselitkan dengan dakwah tentang makna Ramadhan, bagaimana cara berpuasa dengan betul dan kenapa umat Islam wajib berpuasa. Turut dilaksanakan adalah edaran seorang sekilo beras sebagai tanda ingatan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman atas kesudian berkongsi rezeki dengan para mualaf di sini. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berpanjangan dan rahmat kepada para penyumbang semua.  

IFTAR DI MASJID AL-UMMAH, BADIAN, FILIPINA Read More »

LANGKAH DAKWAH

Dari Pulau Camotes, langkah diatur untuk ke destinasi seterusnya melalui ke Danau Port. Dari Danau Port, Ustaz Nasir dan Ustaz Syarizan serta Ustaz Salim bergerak menaiki feri menuju ke Toledo City. Perjalanan kami menjadi sedikit terganggu apabila van yang dinaiki mengalami tayar pancit. Mujur juga pemandu van sangat cekap menukar tayar yang baru. Tiba di Toledo City, hari telah gelap. Kami disambut dan dibawa rumah penginapan. Sampai di sana, makanan malam telah siap dihidangkan. Perut yang lapar ditambah rasa keletihan sepanjang perjalanan menjadikan makanan lebih terasa kesedapannya. Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat kenyang yang diberikan Allah SWT kepada kami. Iqra’ di Toledo Jam 9 malam seusai solat dan melepaskan lelah, kursus Iqra’ dimulakan. Disertai oleh ketua-ketua pusat Islam Toledo kursus ini dimulakan dengan pengenalan dan pendedahan Teknik An-Nakawi kepada peserta yang hadir. Kemudian para peserta akan bersama-sama belajar membaca menggunakan kaedah ini seterusnya membaca secara individu bagi menilai tahap penguasaan teknik ini. Walaupun tidak semua yang hadir dapat membaca dengan baik namun kaedah ini membolehkan mereka mengingat asas bacaan Al-Quran dengan lebih baik. Ada yang masih merangkak lagi bacaannya. Tak apalah tuan puan. yang penting mereka ada usaha nak mendekati Al-Quran. Semoga dengan usaha mereka, Al-Quran akan lebih dekat dalam hati para Muslim di situ. InsyaAllah

LANGKAH DAKWAH Read More »

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024

22 SEPTEMBER 2024 – Misi Kemanusiaan dan Dakwah Filipina diteruskan lagi. Menjejakkan kali lagi sekali di bumi Filipina ini, Ummah Care Malaysia membawa hajat memantau perkembangan dakwah yang dilaksanakan oleh para ustaz dan daie di sana. Antara program lain yang akan turut dilaksanakan adalah program mass dakwah, lawatan ke komuniti Islam, perjumpaan bersama para ustaz dan Daie serta lawatan ke masjid-masjid yang sedang dibina dan tapak masjid baru. Lawatan juga akan diadakan ke daerah Badian bagi melihat sendiri perkembangan terkini pembinaan Kompleks Masjid Al-Ummah dan Maahad Tahfiz An-Nasiriyyah. Selain daripada itu, misi kali ini mengambil peluang untuk menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran melalui Kursus Iqra’ kepada para Mualaf Filipina ini di kawasan-kawasan yang dikunjungi. Program mass dakwah pula akan turut meliputi pengagihan tudung dan telekung kepada Mualaf Muslimat bagi mendedahkan mereka kepada amalan menutup aurat dalam kehidupan sebagai seorang Islam. Turut serta dalam rombongan kali ini adalah Dato’ Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid dan Dato’ Mohd Sharizan bin Haji Abu selaku Jawatankuasa Antarabangsa Ummah Care Malaysia. Doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar dan dapat mencapai segala tujuan yang dinyatakan. Semoga Allah SWT merahmati Tuan Puan atas segala usaha Tuan Puan membantu kami ini.

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024 Read More »