PROGRAM PEMANTAPAN DAIE FILIPINA

Alhamdulillah dengan rasminya berakhir sudah Program Pemantapan Daie 2026. Program yang bertempat di Masjid Al-Ummah, Badian, Cebu, Filipina ini disertai oleh hampir 70 orang Mualaf dari beberapa pusat Islam terdekat.

Pengisian program ini melibatkan pelbagai aspek. Antaranya

  • pemantapan bacaan al-Quran & tajwid
  • latihan imam dan bilal
  • pengukuhan fardu ain
  • latihan komunikasi dakwah
  • adab & sahsiah daie
  • pengisian kerohanian
  • praktikal ibadah

Majlis penutup disertakan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta dan juga petugas yang disampaikan oleh Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik selaku penaung Ummah Care Malaysia dan juga Presiden Briged Bakti Malaysia.

Diharapkan para peserta dapat terus mengamalkan apa yang dipelajari dan diperolehi  melalui program ini dengan sebaiknya. Diharapkan juga semoga semua peserta dapat menjadi contoh kepada masyarakat luar sekaligus menjadi pendakwah dan imam kecil  kepada keluarga mereka khususnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *