ILMU DAN IMAN

Menuntut ilmu adalah sangat dituntut dalam Islam. Perkara ini berkait rapat dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “Iqra’ : Bacalah”. 

Melalui wahyu ini sangat jelas bahawa menuntut ilmu amatlah penting kepada manusia. Islam melihat kewajipan menuntut ilmu sebagai asas kepada pembentukan tamadun dan peradaban Islam. Tuntutan kepada ilmu juga sangat penting kerana ianya dapat membimbing manusia ke arah terangnya iman.

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berikanlah aku pemahaman yang baik.”

Islam menganjurkan kita membaca dan mengamalkan doa-doa tertentu sebagai membuka pintu kefahaman ilmu. Ada pelbagai doa yang boleh diamalkan yang telah disampaikan oleh para guru, alim ulama, para cendekiawan dan ilmuwan Islam sebagai rujukan. 

اَللّٰهُمَّ انْفَعْنِيْ بِمَا عَلَّمْتَنِيْ، وَعَلِّمْنِيْ مَا يَنْفَعُنِيْ، وَزِدْنِيْ عِلْمًا

“Ya Allah, berilah manfaat kepadaku atas apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmu kepadaku.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Riwayat Ibn Majah (925)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *