Kompleks Masjid Pusat Ilmu Kuala Pai
Tuan-tuan dan Puan-puan yang diberkati Allah SWT,
Kompleks masjid ini dibangunkan oleh Ummah Care Malaysia atas inisiatif menyediakan sebuah pusat ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat. Pusat Ilmu Kuala Pai merangkumi tahfiz Akademi Al Quran dan Dakwah Ummah (AQDU) dan juga Kompleks Warga Emas Baitun Nur. Terletak di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Wakaf - KOMPLEKS MASJID PUSAT ILMU KUALA PAI
 Pusat Ilmu Kuala Pai merangkumi tahfiz Akademi Al Quran dan Dakwah Ummah (AQDU) dan juga Kompleks Warga Emas Baitun Nur. Terletak di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Ketika ini pembangunan kompleks masjid sedang giat dijalankan. Bangunannya sudah naik, dindingnya sudah diplaster, rangka bumbungnya telah siap. Namun masih ada beberapa hal yang amat memerlukan dana bagi menyiapkan pembinaan kompleks ini. Antara perkara yang memerlukan kos segera ialah:
Pemasangan tile = RM 30,000.00
Tandas dan Ruang Wudhuk = RM 25,000.00
Karpet = RM 20,000.00
Cermin Tingkap dan Pintu = RM 12,000.00
Cat = RM 5,000.00






Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Kompleks masjid ini perlu disiapkan secepat yang mungkin. Ini kerana ketika ini para pelajar di AQDU menggunakan sebuah rumah kayu yang kecil untuk mengaji dan menghafaz Al Quran, bahkan ruang yang sama juga digunakan untuk solat berjemaah setiap hari.
Pengajian bakal penghuni Kompleks Warga Emas Baitun Nur juga turut bergantung kepada pembinaan masjid ini. Apabila kompleks masjid ini siap dibangunkan, ia berupaya mendorong ke arah mencapai matlamat Pusat Ilmu Kuala Pai iaitu “Membangunkan Masyarakat Celik Al-Quran”.
Jadi Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah SWT sekalian,
Marilah bersama kami dalam perjalanan dakwah dan pendidikan ummah ini. Jom turut serta dengan menyumbang kepada dana pembangunan Kompleks Masjid Kuala Pai supaya ia dapat memberi manfaat sebaiknya.
penghubung kasih ummah
Jom sama-sama kita berganding usaha murni dalam dakwah ini dan sertai program sukarelawan kami.
