minda presiden

Ustaz Haji Mohd Nasir bin Haji Zakaria

Mendengar alunan bacaan Ustaz Ziyad

selamat menunaikan ibadah puasa

Tazkirah 1 Ramadan 1444H

Ustaz Haji Mohd Nasir bin Haji Zakaria dilahirkan di Kampung Masjid Lama, Naka, Kedah pada tanggal 9 Februari 1976. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar, Naka (1983-1988) dan pendidikan menengah rendah di Maktab Mahmud Alor Setar (1989-1993). Seterusnya beliau melanjutkan pengajian menengah atas di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor (1994-1995).

Tidak terhenti setakat itu, Ustaz Haji Mohd Nasir meneruskan pengajian di Madrasah Diniah Bakriah (Pondok Pasir Tumboh) Kelantan sekitar tahun 1995 hingga 1996. Beliau juga mengikuti pengajian matrikulasi di Pra Akademi Islam Nilam Puri, Kelantan dan seterusnnya meneruskan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Sarjana Muda Shariah Pengurusan. Selanjutnya, beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pada tahun 2004

Ustaz Haji Mohd Nasir juga aktif dalam program latihan dan pembangunan mahasiswa dan pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya serta aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sama ada di dalam negara dan juga antarabangsa. Antara aktiviti kemanusiaan yang pernah beliau sertai ialah Misi Kemanusiaan Gaza Palestin, Lebanon, Syria, Pakistan, India, Kemboja, Vietnam, Misi Pelarian Rohingya di Thailand dan Misi Dakwah di Sabah. Beliau juga Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Badan Bukan Kerajaan (NGO). Ummah Care Malaysia menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di seluruh Malaysia dan kini sedang membangunkan sebuah Kompleks Warga Emas Baitun Nur yang bertempat di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang untuk mewujudkan perkampungan ilmu diniah khususnya buat warga emas.

 

Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Yayasan Syaidina Abu Bakar Kedah (YASBAR) yang fokus untuk melahirkan masyarakat celik Al-Quran. Antara program yang diusahakan YASBAR adalah Akademi Al Quran dan Dakwah Ummah (AQDU) iaitu maahad tahfiz yang menekankan pendidikan Al-Quran di Bendang Raja dan kem-kem “Celik Al-Quran” untuk masyarakat.

 

Ketinggian semangat dan azam yang ada pada beliau untuk membantu masyarakat mempelajari Al-Quran seterusnya membawa kepada penerbitan buku Iqra’: Kaedah Rahmah An-Nakawi, Cepat Menguasai Bacaan Al-Quran Dalam Masa 20 Jam Mengikut Resam Uthmani. Kaedah ini diusahakan supaya masyarakat berupaya menguasai bacaan Al-Quran dengan kaedah yang lebih praktikal, cepat dan berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *