Alhamdulillah syukur kita semua diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan kali ini. Marilah kita berusaha memenuhkan bulan yang mulia ini dengan sebanyak mungkin kebaikan.
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT seterusnya membawa kita ke syurga Allah SWT.

