tentang kami
penghubung kasih ummah
presiden
ummah care malaysia
Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria
بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم و على آله وصحبه أجمعين
Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT Tuhan Penguasa Sekalian Alam atas nikmat iman dan Islam.
Tahun ini adalah tahun ke 15 beraksinya Ummah Care Malaysia sebagai sebuah pertubuhan kebajikan di Malaysia. Bermula dengan sebuah cita-cita besar bagi membangunkan umat yang sedang sakit dalam satu perjalanan berkereta dengan beberapa teman yang masih di menara gading dan saya ditaklifkan untuk mengendalikan masyarakat yang agak mundur ekonomi dan sosial, maka tertubuhlah pertubuhan ini.
Ummah Care Malaysia bermula 2008 sebagai ikatan amanah dengan nama Ummah Care seterusnya berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan dengan nama Ummah Care Malaysia. Sebahagian besar pengasas Ummah Care masih kekal bersama sehingga hari ini mengharungi pelbagai pahit maung perjuangan dalam dan luar negara.
Ummah Care Malaysia adalah penghubung kasih ummah tanpa mengira agama, bangsa dan latarbelakang politik. Ummah yang sedang sakit perlu diubati. Pengalaman kami, kesakitan dan kemiskinan ummah bukan hanya dari sudut ekonomi dan material, umat bergelut dengan kemiskinan aqidah, ilmu, jiwa, semangat dan adab.
Mudah-mudahan kita akan mampu bergerak bersama secara berjemaah membangunkan ummah ini.
Visi
Menjadi saluran utama sebagai
peneraju kasih ummah bagi
mendepani permasalahan dalam
masyarakat
Misi
-Mengumpul dana dan menyalurkan sumbangan kepada semua golongan yang memerlukan.
-Menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta memberikan khidmat bantuan kepada golongan kurang upaya dan miskin tegar.
-Bertindak sebagai ‘one stop centre’ dan peneraju kasih ummah kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit dan ideologi
misi kemanusiaan










UMMAH CARE MALAYSIA MERUPAKAN NGO YANG BERPENGALAMAN & TELAH BEKERJASAMA DALAM PELBAGAI MISI DOMESTIK MAHUPUN ANTARABANGSA
penghubung kasih ummah
Jom sama-sama kita berganding usaha murni dalam dakwah ini dan sertai program sukarelawan kami.
