Program Dakwah

DAKWAH KEPADA ORANG SEKELILING

Kelas fardhu ain sedang dijalankan di Masjid Isa Ibnu Maryam, Pulau Camotes, selepas solat maghrib. Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT: وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Imran: 104)

DAKWAH KEPADA ORANG SEKELILING Read More »

DAKWAH BIL HAL

Selesai solat Jumaat di Masjid Al-Mukmin, Toledo City, kami dihampiri oleh seorang pakcik tua. Menyampaikan hasrat untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, kami menyambut baik dan penuh gembira akan niat murni pakcik ini. Syahadah pakcik ini dipimpin oleh Ustaz Nasir Zakaria, Presiden Ummah Care Malaysia sendiri. Sesudah sesi syahadah, satu pertemuan dan perbualan tercetus di antara kru Ummah Care Malaysia dan anak pakcik ini.Perbualan kami lebih kepada bagaimana ayah beliau boleh tertarik kepada Islam. Jawab si anak, beliau suami isteri sudah memeluk Islam tanpa pengetahuan ayah sejak sekian lama. Setiap kali Jumaat mereka akan keluar untuk solat Jumaat. Perkara ini menimbulkan kehairanan kepada pakcik tersebut. Kata anak pakcik itu lagi, “Pada hari ini, ayah saya berkeras nak ikut ke mana kami pergi setiap Jumaat. Tanpa kami sangka beliau datang dan mendengar khutbah. Terus tergerak hati memeluk Islam. “ Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Sungguhlah bahawa dakwah itu ada banyak cara. Dakwah itu bukan dengan kata-kata sahaja. Perbuatan kita juga dakwah kepada orang lain. Semoga Allah SWT memberi ketetapan iman kepada mereka sekeluarga. amin https://ummahcaremalaysia.com/wp-content/uploads/2024/10/Seusai-solat-Jumaat-kami-dikejutkan-dengan-seorang-ahli-jemaah-yang-mahu-mengucapkan-dua-kalimah-syahadah.-Seorang-pakcik-tua-yang-tekun-mendengar.-By-Ummah.mp4 “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh, sambil berkata, Sesungguhnya aku daripada orang Islam.” surah Fussilat:33

DAKWAH BIL HAL Read More »

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024

22 SEPTEMBER 2024 – Misi Kemanusiaan dan Dakwah Filipina diteruskan lagi. Menjejakkan kali lagi sekali di bumi Filipina ini, Ummah Care Malaysia membawa hajat memantau perkembangan dakwah yang dilaksanakan oleh para ustaz dan daie di sana. Antara program lain yang akan turut dilaksanakan adalah program mass dakwah, lawatan ke komuniti Islam, perjumpaan bersama para ustaz dan Daie serta lawatan ke masjid-masjid yang sedang dibina dan tapak masjid baru. Lawatan juga akan diadakan ke daerah Badian bagi melihat sendiri perkembangan terkini pembinaan Kompleks Masjid Al-Ummah dan Maahad Tahfiz An-Nasiriyyah. Selain daripada itu, misi kali ini mengambil peluang untuk menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran melalui Kursus Iqra’ kepada para Mualaf Filipina ini di kawasan-kawasan yang dikunjungi. Program mass dakwah pula akan turut meliputi pengagihan tudung dan telekung kepada Mualaf Muslimat bagi mendedahkan mereka kepada amalan menutup aurat dalam kehidupan sebagai seorang Islam. Turut serta dalam rombongan kali ini adalah Dato’ Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid dan Dato’ Mohd Sharizan bin Haji Abu selaku Jawatankuasa Antarabangsa Ummah Care Malaysia. Doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar dan dapat mencapai segala tujuan yang dinyatakan. Semoga Allah SWT merahmati Tuan Puan atas segala usaha Tuan Puan membantu kami ini.

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024 Read More »

MASJID MAHMUDIAH, MOALBOAL

MASJID MAHMUDIAH, MOALBOAL Meneruskan agenda Misi Kemanusiaan dan Dakwah Filipina Siri 4/2024, kru Ummah Care Malaysia singgah ke destinasi seterusnya iaitu Moal Boal untuk melihat perkembangan pembinaan masjid di situ. Laluan untuk ke Masjid Moal Boal ini masih tidak sempurna namun ianya lebih baik daripada ziarah kami yang terdahulu.   Setibanya di situ, kami dapat melihat terdapat perkembangan yang baik mengenai masjid ini. Bahkan sudah ada aktiviti yang dapat dijalankan seperti solat Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Masjid yang dinamakan Masjid Mahmudiah ini sudah dilengkapi dengan kemudahan air yang diperoleh menggunakan telaga boring yang digali berhampiran masjid. Kos menyediakan telaga boring yang berkedalaman 60 meter ini menelan  jumlah hampir RM 25,000 keseluruhannya. Dengan adanya sumber air dari telaga ini, ia membantu menampung kegunaan penduduk sekitar daerah ini dengan lebih baik.   Meninjau sekeliling masjid, ada beberapa bahagian yang masih belum siap sepenuhnya namun proses pembinaan berjalan dengan lancar. Bahagian belakang masjid sudah didirikan dan sebahagian dindingnya sudah diplaster. Di bahagian kiri dan kanan masjid masih belum dilengkapi dengan pintu dan tingkap. Terdapat juga ruangan yang disediakan untuk para ustaz yang berkhidmat di situ. Menjengah ke ruang utama masjid, bahagian ini telah berjaya dilengkapi tile namun bahagian bumbung ruang tersebut belum dilengkapi dengan siling. Namun begitu aktiviti solat dan pengajian masih mampu dilaksanakan dengan sebaiknya.   Alhamdulillah banyak perkembangan positif mengenai pembinaan masjid ini. Justeru kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang tanah yang telah membeli seterusnya menyumbang untuk dijadikan sebuah masjid di kawasan ini. Tidak lupa juga kepada Yayasan Darul Ansarul Hadis serta beberapa penyumbang yang lain yang telah banyak membantu dalam pembinaan Masjid Mahmudiah di Moal Boal ini. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

MASJID MAHMUDIAH, MOALBOAL Read More »

ZIARAH MASJID JAMIAH PULAU HILANTAGAAN

ZIARAH MASJID JAMIAH PULAU HILANTAGAAN Perjalanan kru Ummah Care Malaysia seterusnya ke Pulau Hilantagaan bersama Datuk Dr. Abdul Razak bin Kechik yang turut mewakili Briged Bakti Malaysia (BBM). Turut bersama kami adalah Sister Safiyyah dan suami yang mewakili One Dakwah Foundation Inc. iaitu sebuah NGO Muslim di FIlipina.   Hasil perbualan kami bersama Sister Safiyyah, kami dimaklumkan bahawa penduduk Muslim di Pulau Hilantagaan ini sudah mencecah 4,000 orang. Alhamdulillah ianya satu perkembangan yang sangat baik berbanding ketika kali pertama kami tiba di situ pada tahun 2020. Jumlah penduduk Muslim hanya dalam linkungan 100 orang sahaja.   Setibanya di Pulau Hilantagaan, kru kami dibawa melawat ke Masjid Jamiah, sebuah masjid yang dibina pada tahun 2020 oleh rakyat Malaysia yang budiman. Masjid ini sudah dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduk Muslim di pulau ini.Segala aktiviti pengajian Islam dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan di situ. Di persekitaran masjid ini terdapat dua buah rumah tamu, tandas lelaki dan tandas perempuan serta sebuah kantin untuk kegunaan para jemaah dan tetamu yang datang.   Kami dimaklumkan bahawa masjid ini mengalami masalah air berikutan sumber air yang hanya diperoleh dari tangki simpanan tidak mampu menampung keperluan yang ada. Tangki simpanan ini diperoleh hasil tadahan air hujan. Masalah air yang perlahan juga turut membebankan para penduduk Muslim di sini.   Dalam lawatan kami kali ini, kru Ummah Care Malaysia berpeluang bertemu Daie Mokhtar, seorang pendakwah bebas di pulau ini yang tinggal di situ. Pertemuan terasa rancak kerana Daie Mokhtar mampu bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun tidak fasih sepenuhnya. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

ZIARAH MASJID JAMIAH PULAU HILANTAGAAN Read More »

LAWATAN KE MASJID ANAPOG, BARANGAY ANAPOG

LAWATAN KE MASJID ANAPOG, BARANGAY ANAPOG Selesai sudah agenda melawat tapak cadangan pusat pembangunan ekonomi di Leyte, kru Ummah Care Malaysia bergerak untuk melihat progress pembinaan Masjid Anapog ataupun Pusat Islam Anapog yang terletak di Barangay Anapog, di perbandaran San Remigio, Cebu, Filipina. Masjid ini dibeli dengan harga 700,000 peso bersamaan RM 60,000. Kos membina masjid ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan Muslim di daerah ini.   Alhamdulillah proses pembinaan masjid ini berjalan dengan lancar setakat ini. Bagi membantu ekonomi penduduk Islam di sini, bangunan kedai akan turut dibangunkan di bahagian garaj masjid sebagai sumber ekonomi penduduk Islam di sini.   Doakan semua urusan pembinaan masjid ini dan juga semua urusan kami dipermudahkan oleh Allah SWT. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

LAWATAN KE MASJID ANAPOG, BARANGAY ANAPOG Read More »

LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PUSAT EKONOMI LEYTE (PART 2)

LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PUSAT EKONOMI LEYTE (PART 2) Lokasi seterusnya yang dilawati oleh kru Ummah Care Malaysia adalah satu kawasan yang asalnya merupakan sebuah resort yang cukup luas dan menjadi pusat penternakan dan pertanian yang sangat memuaskan. Resort ini dilengkapi dengan kolam ikan yang besar, kandang haiwan ternakan dan juga pusat sembelihan haiwan ternakan. Di samping itu, ada juga kebun-kebun tanaman seperti nanas, buah naga, mangga dan juga pisang.   Melihat kepada persekitaran kawasan ini, tapak ini sangat berpotensi untuk menjadi pusat pembangunan ekonomi penduduk Muslim di Leyte khususnya. Dato Dr Abdul Razak selaku Penaung Ummah Care Malaysia yang turut sertai lawatan tapak bersama kru juga bersetuju mengenai potensi lokasi ini sekiranya tapak ini dijadikan pusat Pembangunan ekonomi komuniti Muslim di Leyte.   Walau bagaimanapun perbincangan lanjut akan dilakukan mengenai pemilihan lokasi yang sesuai. Apa jua hasil perbincangan tersebut pastinya diharapkan berupaya mencapai hasrat yang dicita-citakan seterusnya memberi impak positif kepada masyarakat Muslim di kepulauan ini khususnya. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PUSAT EKONOMI LEYTE (PART 2) Read More »

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1)

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1) Keberadaan kru Ummah Care Malaysia di Pulau Leyte memberi satu kesempatan untuk meninjau beberapa tapak cadangan untuk dijadikan pusat pembangunan ekonomi Muslim di situ. Ianya merupakan antara matlamat penting bagi membantu kestabilan perkembangan Islam di kepulauan ini untuk jangka masa yang panjang.   Sesi lawatan tapak tanah kali ini ditemani oleh Saudara Aqil iaitu Presiden One Dakwah Foundation Leyte. Kawasan tanah yang dicadangkan ini adalah sangat strategik kerana merupakan satu kawasan yang landai berkeluasan 8 hektar. Namun pemilik tanah ini ingin menambah lagi keluasan tersebut sebanyak 2.5 hektar menjadikan jumlah keseluruhan tapak tanah adalah sebanyak 10.5 hektar.   Di kepulauan Leyte ini kawasan landai agak sukar diperolehi kerana faktor geografinya yang berbukit. Oleh itu lokasi ini merupakan satu pilihan yang baik . Dengan keluasan dan faktor muka bumi di situ ianya amat membantu untuk dijadikan kawasan petempatan dan pusat pembangunan ekonomi Muslim setempat. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1) Read More »

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA Tuan-tuan dan Puan yang dirahmati Allah, Ingat lagi tentang kisah sebuah surau yang bakal diambil semula oleh pemiliknya di Carigara? Boleh baca kisah ni di link ini https://ummahcaremalaysia.com/2024/04/18/caribara/ Hari ini kami akan kongsikan perkembangan projek pembinaan surau baru di daerah Carigara ini. Perjalanan kami di bumi FIlipina bermula di Kepulauan Leyte. Kami menuju ke Daerah Carigara bagi melihat perkembangan sebuah surau yang dibaik pulih dan ditambah binaannya bagi menggantikan surau yang digunakan sebelum ini. Kesibukan jadual perjalanan menyebabkan kami tiba di situ pada malam hari. Lebih tepat lagi di awal pagi jam 1:40 pagi. Masa yang singkat kali ini tidak membenarkan kami untuk berlengah-lengah dalam aturan aktiviti harian ini. Menurut makluman Bro Mahmud, pembinaan surau ini telah dimulakan sejak 7 hari yang lalu. Struktur binaan mula kelihatan walaupun tidak sepenuhnya. Keadaan luaran gelap tanpa pemasangan lampu menyebabkan kami hanya bergantung kepada cahaya lampu suluh untuk melihat persekitaran pembinaan. Di bahagian dalam ruangan dapur surau ini, kami dimaklumkan bahawa struktur bumbung akan dinaikkan supaya menjadi lebih luas. Kawasan tersebut akan dijadikan ruang solat Muslimat manakala di sebelahnya adalah kawasan Muslimin. Melihat kepada perkembangan pembinaan surau ini, kami berasa sangat teruja. Surau ini dibina dengan hasil sumbangan Tuan Puan kepada Ummah Care Malaysia. Doakan segala urusan ini berjalan lancar supaya ia dapat memberi manfaat kepada penduduk Muslim di situ. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA Read More »