Program Dakwah

sepakat menuju kejayaan

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk golongan Muslim (yang berserah diri)?’” (Fussilat 41 : 33) Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah berkata, dakwah adalah mengajak kepada Islam, mengikuti petunjuk-Nya, mengukuhkan manhaj-Nya di muka bumi, beribadah kepada-Nya, melepaskan diri daripada semua ketaatan kepada selain-Nya, membenarkan apa yang dibenarkan oleh-Nya, menyalahkan apa yang disalahkan-Nya, menyeru kepada yang makruf, mencegah yang mungkar dan berjihad di jalan Allah. Secara mudahnya, dakwah adalah satu seruan untuk mengajak manusia kepada jalan ALlah SWT. Antara cara mencapai kejayaan dakwah adalah melalui kerjasama dan perbincangan bersama antara para pendakwah. Ummah Care Malaysia dan Bridged Bakti Malaysia sentiasa melaksanakan perbincangan bersama para pendakwah tempatan bagi memastikan setiap perjalanan dakwah dapat diatur dan dilaksanakan sebaiknya.

sepakat menuju kejayaan Read More »

KEMBARA OGOS 2023

kembara ogos 2023 18 OGOS 2023: Kami kembali ke bumi Filipina, bumi Kesultanan Maharlika  suatu ketika dahulu. Menjejakkan kaki dan kembali meneruskan amanah sebagai seorang pendakwah di bumi Allah ini. Meneruskan dakwah semampu yang boleh dengan tenaga dan kudrat yang ada. Kembara ini turut disertai bersama Penaung Ummah Care Malaysia, Dato Abdul Razak bin Kechik, seorang insan yang hebat dan berjiwa kental. Doakan usaha kecil ini berterusan. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ أَعَزَّ جُنْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَغَلَبَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ فَلَا شَيْءَ بَعْدَهُ Laa ilaaha illallahu wahdahu a’aza jundahu wanashoro ‘abduhu wa gholabal ahzaba wahdahu falaa syaia ba’dahu “Tiada Tuhan selain Allah. Dialah satu-satunya. Dia telah memenangkan pasukan-Nya, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan musuhNya. Tiada sesuatu yang kekal selain Dia.”

KEMBARA OGOS 2023 Read More »

MASS DAKWAH PULAU OLANGO

Pulau Olango, sebuah pulau yang cantik di Cebu. Pulau ini turut menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai tempat. Muslim di Pulau Olango adalah minority, namun bertambah dari masa ke semasa hasil dakwah berterusan dari para pendakwah Islam di Filipina. Misi kali ini menyaksikan bahawa mereka bersikap terbuka dengan program-program mass dakwah yang dilakukan di kawasan mereka sekaligus memudahkan lagi urusan dakwah kami. وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)” (Surah Al-Fussilat: 33)     https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/mass-syahadah-pulau-Olango.mp4

MASS DAKWAH PULAU OLANGO Read More »

MASS DAKWAH CEBU

https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/mass-dakwah-Olango.mp4 Bersempena Aidil Adha baru-baru ini, Ummah Care Malaysia melalui Misi Qurban Dakwah 1444/2023 sekali lagi berpeluang turut serta bersama One Daawah Foundation (ODF) menyampaikan dakwah kepada masyarakat Cebu. Selain berdakwah, misi kali ini bertujuan menyantuni masyarakat Muslim dan berkongsi rezeki bersama mereka melalui progran qurban. Antara kawasan yang terlibat adalah Badian, Pulau Olango, Lapu-lapu, Moal Boal, Toledo, Asturias, Deca 5 dan Cordoba. Perlaksanaan dan pengagihan daging dan telekung berjalan lancar dengan bantuan para pendakwah dari pusat islam di kawasan tersebut. Perjalanan mass dakwah dan mass syahadah ini memberi satu pengalaman baru kepada kru misi qurban kerana ada yang pertama kali berada di FIlipina. Apa yang nyata dakwah Islami tidak akan terhenti di sini sahaja bahkan akan berterusan dengan hasil usaha keras pada pendakwah di Cebu ini. https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/mass-dakwah-moal-boal.mp4 https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/mass-syahadah-pulau-Olango.mp4 Allah SWT berfirman: ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (Surah Al-Nahl: 125)

MASS DAKWAH CEBU Read More »

SANTUNI MUALAF CEBU

Program pertama di Cebu bermula di Pulau Olanggo iaitu Program Mass Dakwah. Pulau Olanggo dihuni oleh 35,000 penduduk. Islam di pulau ini bermula dengan hanya dua orang Muslim yang berasal dari Mindanao pada awal 2019. Alhamdulillah hasil usaha dan kerja keras dari pendakwah, jumlah penduduk Muslim meningkat kepada 1,500 pada ketika ini dengan penubuhan sebuah Masjid dan juga dua Islamic Centre. Syukur Alhamdulillah!! اللَّهُمَّ يَا مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ “Ya Allah, wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas ketaaatan kepada-Mu” Aktiviti kemudiannya dilanjutkan kepada Iftar Perdana sempena Puasa Hari Arafah di Masjid Rahmaniyyah Pulau Lapu-Lapu, sebuah masjid yang dibina atas sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin. Hari berikutnya dimulakan dengan persediaan Solat Eidul Adha dan juga Qurban. Ini kerana masyarakat di sini menyambut Hari Eidul Adha sehari lebih awal daripada masyarakat di Malaysia. Kru Dakwah Qurban berpeluang menunaikan solat Eidul Adha bersama-sama saudara seagama di sini, di sebuah masjid yang masih dalam pembinaan iaitu masjid Badian. Masjid ini di bawah pimpinan Ummah Care Malaysia dengan kerjasama Bridged Bakti Malaysia dan juga One Daawah Foundation, sebuah NGO Muslim di Cebu, Filipina.  Mendengar laungan takbir di masjid ini, hati terasa sayu dan gembira kerana dapat meraikan suasana ini bersama-sama masyarakat Muslim di sini Usai solat, semua ahli masyarakat bergotong-royong menyempurnakan ibadah Qurban dengan penyembelihan tiga ekor lembu dan juga 15 ekor kambing. Masyarakat semua berpeluang merasakan suasana jamuan Eidul Adha. Program seterusnya adalah program Mass Dakwah di bawah pimpinan Dato Abdul Razak bin Kechik, Presiden Bridged Bakti Malaysia yang menyaksikan seramai 500 orang penduduk di situ memeluk Islam. Masjlis mengangkat syahadah dipimpin oleh Hajah Asiah dan juga beberapa kru program. https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/document_6147658789827906175-2.mp4https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/Takbir-Eidul-Adha-Di-Filipina.mp4

SANTUNI MUALAF CEBU Read More »

NEPAL

MISI QURBAN DAKWAH 1444/2023 Misi Qurban Dakwah 1444/2023 turut dilakukan di Nepal bersama masyarakat Muslim di sana. Antara tempat perlaksanaan qurban ini adalah di Pokhariya, Ukharkatta, Komalpal dan juga Kadmaha. Sebanyak 28 ekor kerbau berjaya ditumbangkan bagi perlaksanaan ibadah qurban ini.Selain MAPIM dan Ummah Care Malaysia, program ini turut disertai oleh beberapa NGO lain seperti Borderless Humanity dan Insan Madani.Alhamdulillah dengan izin Allah SWT diiringi doa Tuan Puan kesemua urusan berjalan dengan lancar.Daging kerbau dan juga beras telah diagihkan kepada semua di tempat perlaksanaan qurban. Inilah hasil sumbangan Tuan Puan selama ini. Diberikan kepada mereka yang memerlukan.Kami hanya perantara sahaja. Menyampaikan amanah Tuan Puan sebaiknya. “Tidaklah Nabi SAW berkhutbah kepada kami, melainkan beliau bersabda: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki (sifat) amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya.” (HR Muslim)

NEPAL Read More »