Bersempena Aidil Adha baru-baru ini, Ummah Care Malaysia melalui Misi Qurban Dakwah 1444/2023 sekali lagi berpeluang turut serta bersama One Daawah Foundation (ODF) menyampaikan dakwah kepada masyarakat Cebu. Selain berdakwah, misi kali ini bertujuan menyantuni masyarakat Muslim dan berkongsi rezeki bersama mereka melalui progran qurban.
Antara kawasan yang terlibat adalah Badian, Pulau Olango, Lapu-lapu, Moal Boal, Toledo, Asturias, Deca 5 dan Cordoba. Perlaksanaan dan pengagihan daging dan telekung berjalan lancar dengan bantuan para pendakwah dari pusat islam di kawasan tersebut.
Perjalanan mass dakwah dan mass syahadah ini memberi satu pengalaman baru kepada kru misi qurban kerana ada yang pertama kali berada di FIlipina. Apa yang nyata dakwah Islami tidak akan terhenti di sini sahaja bahkan akan berterusan dengan hasil usaha keras pada pendakwah di Cebu ini.
Allah SWT berfirman:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”
(Surah Al-Nahl: 125)

