Program Dakwah

DARUL JANNAH: PELUANG KEDUA UNTUK WANITA

Tidak dinafikan dadah merupakan salah satu perosak  masyarakat yang paling merbahaya. Ini kerana kesan akibat penyalahgunaan dadah amat besar bukan sahaja terhadap individu bahkan juga masyarakat. Bukan itu sahaja ia turut memberi impak negatif kepada generasi seterusnya.  Golongan wanita antara yang turut terkesan akibat penyalahgunaan dadah ini. Tidak mengejutkan apabila mendengar golongan ini turut menjadi mangsa pengaruh dadah ini. Menyedari kesan buruk penyalahgunaan dadah ini, Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan satu pusat perlindungan yang akan dikenali sebagai Pusat Perlindungan, Pencegahan dan Tahfiz Dadah Wanita Darul Jannah. Bertempat di Kampung Bendang Raja, para mangsa penyalahgunaan dadah ini akan diberi peluang untuk membentuk kehidupan baru yang lebih positif bebas dari dadah. Ummah Care Malaysia memandang tinggi terhadap peranan wanita dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Justeru langkah untuk memberi kehidupan kedua kepada mereka adalah satu usaha memelihara dan memperkasakan semula masyarakat melalui pemeliharaan generasi yang lebih sihat dan positif.

DARUL JANNAH: PELUANG KEDUA UNTUK WANITA Read More »

PERKAMPUNGAN ELI, la libertad : ISLAM AGAMA DAMAI

Misi kami diteruskan ke tanah tinggi di Kepualauan Negros. Kali ni kru misi kembali menjejakkan kaki ke perkampungan Eli, sebuah perkampungan yang pernah kami ziarahi pada misi kami akhir tahun 2023. Terletak di La Libertad, Negros perkampungan ini hanyalah sebuah perkampungan yang kecil di atas gunung. Terdapat sebuah masjid yang kecil dan usang yang digunakan untuk aktiviti ibadah di situ. Kru kami dimaklumkan bahawa pada tahun 2018, penduduk Muslim hanyalah dua orang. Alhamdulillah kini jumlah mereka adalah dalam 100 orang yang memeluk Islam. Tatkala berbincang dan beramah mesra dengan penduduk Eli, kami difahamkan bahawa Islam telah memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, mabuk dan  pergaduhan adalah perkara biasa bagi mereka. Namun setelah mengenali Islam, kehidupan mereka jauh lebih aman dan damai. Masing-masing lebih menghormati antara satu sama lain. Alhamdulillah sesungguhnya Islam itu agama keamanan.

PERKAMPUNGAN ELI, la libertad : ISLAM AGAMA DAMAI Read More »

DARI CEBU KE LEYTE

Hari seterusnya di bumi Filipina, kru Ummah Care Malaysia mula mengatur langkah. Dari bumi Cebu, kru semua menaiki feri ke kepulauan Leyte, sebuah pulau yang dikelilingi pantai dan pulau yang cantik. Tujuannya adalah menyantuni semula penduduk Leyte yang pernah kami ziarahi pada hujung tahun lepas. Disapa angin kepualaun ini sambil bermuzakarah tentang hala tuju seterusnya antara pengalaman manis bagi kru ini. Kedatangan kami disambut gembira oleh para penduduk di perkampungan ini. Masing-masing bersyukur kerana kami masih sudi kembali menziarahi mereka lagi. Selesai beramah mesra dengan penduduk, satu sesi dakwah diadakan bertujuan berkongsi dan  menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada para penduduk.  Alhamdulillah ada yang melafazkan syahadah pada hari tersebut. Syukur kerana mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menjadikan Islam sebagai agama kehidupan. Semoga Allah SWT memberikan dan menjaga iman dalam hati mereka. https://ucm.life/wp-content/uploads/2024/01/Sekali-saya-menyaksikan-mukjizat-al-Quran.-Terkenang-dan-terngiang-ngiang-ketika-belajar-Tafsir-Surah-An-Nasr-dalam-dua-puluh-tahun-yang-lampau.-By-Nasir.mp4

DARI CEBU KE LEYTE Read More »

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA 2024

“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”(Surah Al-Mulk 67:15) Tirai 2024 dibuka dengan satu misi baru bagi Ummah Care Malaysia. Misi kali ini lebih luas dan lebih jauh perjalanannya. Memulakan tahun baru ini dengan semangat dan azam baru, kru Ummah Care Malaysia yang diwakili oleh Penaung dan Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik dan Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria memulakan perjalan misi ini pada 10 Januari 2024.  Misi kali ini lebih menumpukan kepada lawatan projek pembinaan masjid dan juga program dakwah di beberapa tempat yang pernah dilawati sebelum ini. Perjalanan misi kali ini turut disertai oleh Tan Sri Subhan, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang ingn menjadi sebahagian dari kembara dakwah ini. Setibanya di sana, kru Ummah Care Malaysia disambut oleh beberapa ketua pusat Islam Cebu dan dibawa ke Pusat Islam Lapu-Lapu iaitu di Masjid Rahmaniyyah. Di pusat islam ini, semua ahli kru melepaskan lelah dan berehat sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Seusai solat, kesemua yang ada diberikan sedikit santapan rohani oleh Dato Dr. Abdul Razak. Beliau menyampaikan tazkirah berkaitan Ummatan Wasatan. Di dalam tazkirah tersebut, beliau mengingatkan semua bahawa umat Islam perlu sentiasa bersederhana dalam semua perkara, tidak melampaui batasan yang ditetapkan syarak, saling menghormati antara satu sama lain bahkan kepada hormat kepada bukan Islam juga. Selain itu beliau turut menekankan bahawa kehidupan seorang Muslim perlu selari dengan ajaran Islam melalui apa yang disampaikan oleh Al-Quran dan Sunnah serta sentiasa mencontohi Rasulullah S.A.W dalam kehidupan.

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA 2024 Read More »

SYAHadah di eli negros

https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/12/syahadah-eli-negros.mp4#t=,0.3 Menjejakkan kaki di perkampungan Eli Negros, sebuah perkampungan yang pertama kalinya kami tiba. Sambutan masyarakat amat mesra. Perjalanan panjang dan berliku harus ditempuhi untuk melaksanakan dakwah di sini. Tapi team kami tetap teguh demi menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim kepada saudaranya yang lain. “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”(Surah Ali’ Imraan ayat : 104)

SYAHadah di eli negros Read More »

kepulauan leyte

Misi kami seterusnya berlangsung di Kepualauan Leyte, sebuah pulau yang terletak di Wilayah Visayas. Dengan kepadatan penduduk sebanyak 2 juta lebih, Leyte terdiri dari beberapa kawasan perbandaran walaupun kebanyakan kawasan adalah gunung ganang dan bukit bukau. Untuk tiba di kepulauan ini, kami perlu menggunakan feri selama tiga jam perjalanan. Setibanya di sana kami dibawa ke Masjid Madinah untuk melepaskan lelah dan makan serta solat. Di masjid ini juga kami dapat berkumpul bersama-sama komuniti Muslim di situ.   Dari masjid Madinah, kami bergerak ke perkampungan Isabelle untuk program dakwah seterusnya. Ketibaan kami disambut mesra oleh pihak berkuasa tempatan dan juga penduduk setempat. Sementara menyiapkan peralatan dan barangan, para penduduk mula hadir ke dewan tersebut. Program dimulakan dengan ucapan daripada Imam Masjid Madinah iaitu Imam Abdul Rauf. Kemudian Ustaz Jamal Dalman seterusnya Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Ustaz Nasir Zakaria. Selesai ucapan, mass syahadah turut berlangsung. Kemudian para penduduk diberi sedikit sumbangan saguhati atas kesudian mereka hadir dan mengikuti program dakwah yang diadakan ini. Semoga ada yang mendapat hidayah dari apa yang berlaku pada program hari ini.

kepulauan leyte Read More »

LEMBARAN BARU ELI NEGROS

PART 2 Perjalanan ke Kampung Eli Negros memang sangat mencabar diri. Dari berkereta, kami menaiki kuda. Dari berkuda kami berjalan kaki pula sebelum tiba di kampung ini. Semua demi tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri kami sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Kedatangan kami disambut penuh mesra oleh penduduk di situ. Selesai menikmati hidangan yang disajikan kami bergegas melaksanakan persiapan untuk majlis bersama penduduk dan juga penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ustaz Abdullah, kemudian Ustaz Alimuddin yang merupakan para pendakwah di sana. Ustaz Nasir selaku Presiden Ummah Care Malaysia turut mengambil peluang tersebut untuk memberikan penerangan dan taklimat kepada para penduduk. Usai ucapan dan taklimat, majlis diteruskan dengan sesi Syahadah, satu sesi di mana penduduk kampung dapat memperbaharui syahadah mereka sebagai seorang Islam. Kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat. Sumbangan berupa beras ini adalah hasil sumbangan Tuan Puan yang budiman sekalian.  Penduduk kampung berasa gembira apabila menerima sumbangan ini. Ini kerana harga beras di tempat mereka adalah tinggi dan sukar diperolehi terutama di kawasan pendalaman.   Selesai sesi serahan sumbangan kepada penduduk setempat, semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan kenduri. Jamuan ini juga antara hasrat rakan-rakan yang sentiasa menyokong kerja-kerja dakwah ini. Alhamdulillah hasrat mereka telah kami laksanakan. Doa kami semoga Allah SWT memberi ganjaran yang sebaiknya kepada mereka atas kebaikan yang mereka lakukan ini. Begitulah pengalaman kami semua di perkampungan Eli Negros ini. Sebuah tempat yang kami tak sampai sebelum ini. Alhamdulillah Allah SWT takdirkan ketibaan kami kali ini. Doakan perjalanan kami seterusnya dipermudahkan Allah SWT.  Misi kami masih belum selesai. bersambung…

LEMBARAN BARU ELI NEGROS Read More »

LEMBARAN BARU ELI NEGROS

Hari kedua kami di sini membawa kami ke sebuah tempat baru iaitu Kampung Eli Negros. Kampung ini belum pernah lagi kami jejaki kerana lokasi yang terletak jauh dari Perbandaran Cebu. Perjalanan ke perkampungan ini nyata amat berliku. Seawal 4 pagi kami perlu bergerak ke jetty iaitu Port of Tangil, Dumanjug untuk urusan tiket. Kami turut membawa barang sumbangan untuk disampaikan kepada penduduk di sana. Turun dari jetty Guihulngan, kami menaiki pula sebuah teksi yang boleh memuatkan sepuluh penumpang dalam satu masa.  Saiz teksi ini hampir dengan saiz sebuah lori pick-up di negara kita. Perjalanan masih belum terhenti di situ. Di tengah perjalanan kami menukar teksi tadi kepada sebuah motosikal.mungkin disebabkan oleh keadaan jalan yang sempit dan berbatu menyebabkan kenderaan lain tidak sesuai melakukan perjalanan di sana. Sesuatu yang amat bernilai apabila merasai peluang menaiki sebuah motosikal bersama empat orang pembonceng sekaligus. Tengoklah bagaimana keadaan kami atas motosikal tu. Rasa gusar bercampur geli hati bermain di hati. masing-masing hanya mampu ketawa sepanjang perjalanan tersebut. bersambung….

LEMBARAN BARU ELI NEGROS Read More »

misi disember 2023

BUMI CEBU, KAMI KEMBALI Disember 2023, bulan terakhir tahun ini menyaksikan kedatangan semula kru Ummah Care Malaysia ke bumi Cebu. Kali ini misi kami adalah menyampaikan sumbangan dari Tuan Puan yang budiman dan meneruskan pemantauan pembinaan Masjid Al-Ummah Badian. Di samping itu akan turut direncanakan adalah serahan dana pembangunan terkumpul Masjid Al-Ummah, Badian untuk kelangsungan kerja-kerja pembinaan yang seterusnya. Misi kami turut disertai oleh Penaung Ummah Care Malaysia iaitu Dato Dr. Razak yang setia ditemani oleh isteri, Datin Asriah. Tuan Puan doakan segala urusan kami dipermudahkan Allah SWT.  Kami bawa sumbangan Tuan Puan untuk disampaikan kepada mereka. Ada yang bagi tudung, ada yang bagi telekung untuk bantu saudara kita di sana.  Bantu mereka tutup aurat sebaiknya. Bantu mereka jaga agama Islam dalam kehidupan.

misi disember 2023 Read More »

SANTUNI ANAK YATIM SABAH

Tanggal 17 November 2023, Ummah Care Malaysia diwakili oleh Presiden, Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria dan juga penaung, Dato Dr. Abdul Razak berangkat ke Sabah, negeri di bawah bayu bagi misi seterusnya; Menyantuni anak- anak yatim di bumi Sabah. Dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau, team Ummah Care Malaysia melalui Tamruli, Pekan Nabalu dan seterusnya Kundasang. Namun kabus tebal menghalang pemandangan Gunung Kinabalu.   Setibanya di Ranau, team kami disambut oleh Ustaz Rosli Pengerusi Briged Bakti Malaysia Sabah, Saudara Ali dan juga Ustaz Hishamuddin.   Setelah melewati pemandangan yang menakjubkan di sepanjang perjalanan, team kami akhirnya tiba di  destinasi yang dituju iaitu Rumah Putera Harapan, RPH Daerah Ranau. RPH ini merupakan sebuah pusat perlindungan untuk anak yatim, gelandangan dan asnaf di sini. Alhamdulillah MOU pertama dalam pendidikan dan dakwah serta kebajikan antara Ummah Care Malaysia dan pihak Rumah Putera Harapan, Daerah Ranau, Sabah berjaya dimaterai. Saya mewakili Ummah Care Malaysia selaku Presiden dan Rumah Putera Harapan diwakili oleh pengurus Ustaz Sabri Abdullah.Majlis disaksikan oleh Penaung Ummah Care Malaysia Dato Dr Abdul Razak bin Kechik. Semoga MOU ini akan mencetuskan lebih banyak gerak kerja bagi membangunkan Umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Doakan usaha kerdil ini dirahmati Allah.

SANTUNI ANAK YATIM SABAH Read More »