Hari seterusnya di bumi Filipina, kru Ummah Care Malaysia mula mengatur langkah. Dari bumi Cebu, kru semua menaiki feri ke kepulauan Leyte, sebuah pulau yang dikelilingi pantai dan pulau yang cantik. Tujuannya adalah menyantuni semula penduduk Leyte yang pernah kami ziarahi pada hujung tahun lepas. Disapa angin kepualaun ini sambil bermuzakarah tentang hala tuju seterusnya antara pengalaman manis bagi kru ini.
Kedatangan kami disambut gembira oleh para penduduk di perkampungan ini. Masing-masing bersyukur kerana kami masih sudi kembali menziarahi mereka lagi.
Selesai beramah mesra dengan penduduk, satu sesi dakwah diadakan bertujuan berkongsi dan menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada para penduduk.
Alhamdulillah ada yang melafazkan syahadah pada hari tersebut. Syukur kerana mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menjadikan Islam sebagai agama kehidupan. Semoga Allah SWT memberikan dan menjaga iman dalam hati mereka.
