Program Infak Ummah

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE

Selesai di Moal Boal, pihak kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu di daerah Javier, Pulau Leyte. Di daerah ini terletaknya sebuah masjid yang dibina dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Ummah Care Malaysia. Masjid yang dinamakan Masjid Al-Hidayah ini dibina dalam masa tiga minggu sahaja. Biarpun belum sempurna sepenuhnya namun ianya kini sudah boleh digunakan oleh penduduk Islam setempat untuk beribadah.   Program ini dimulakan dengan penerangan tentang Islam oleh Ustaz Aqil, seorang pendakwah dan juga guru agama di sana. Seterusnya adalah sesi syahadah bagi yang terbuka hati untuk memeluk Islam. Program dilanjutkan dengan majlis iftar beramai-ramai bersama petugas dan juga penduduk Mualaf Muslim Javier. Iftar dengan nasi dan lauk yang ringkas namun mewah bagi mereka sambil diiringi oleh rintik hujan yang lebat ketika itu. Nasi itu sendiri sudah mewah bagi penduduk di sini kerana beras adalah mahal harganya. Kami menjamah menu yang sama sahaja bagi kesemua yang hadir ketika itu. Program seterusnya adalah pemberian beras kepada penduduk. Sebanyak dua kilogram beras diagihkan kepada setiap penduduk yang hadir sebagai tanda meraikan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ianya juga adalah hasrat rakyat Malaysia yang prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama saudara seagama mereka di sini.

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE Read More »

IFtar komuniti moal boal

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Destinasi seterusnya adalah Daerah Moal Boal bagi menyampaikan hajat rakyat Malaysia yang budiman. Misi kami di Moal Boal ini adalah ingin bersama-sama meraikan suasana berbuka puasa dengan penduduk Mualaf di kawasan ini. Sampai di situ kami disambut ramah oleh petugas-petugas dan juga sebahagian penduduk yang sedia menanti kedatangan kami. Persediaan berbuka dilakukan beramai-ramai sambil menunggu kedatangan penduduk yang lain.  Alhamdulillah ramai yang dapat hadir ke majlis iftar ini. Daripada golongan datuk nenek sehinggalah ke golongan kanak-kanak. Semuanya gembira diraikan di bulan Ramadhan ini. Menu yang dihidangkan adalah biasa sahaja iaitu nasi putih bersama ayam masak kicap, sedikit sayur,pangsit yang yang seakan-akan mee goreng dan juga air berserta kurma. Semua yang hadir gembira apabila diraikan dalam iftar yang ringkas bagi kita namun amat mewah bgi penduduk di Moal Boal ini. Iftar di Moal Boal ini kita adakan di hadapan sebuah masjid yang sedang didirikan. Bangunan berbumbung hijau di dalam gambar tersebut merupakan sebuah masjid yang masih dalam proses pembinaan untuk kegunaan penduduk Muslim di situ.  Penduduk si sini tidak mempunyai tempat ibadah yang sempurna. Masjid memang tidak ada. Jadi masjid yang akan disiapkan ini memberi harapan kepada mereka untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui pengajian-pengajian kelas agama oleh para ustaz dan ustazah di Moal Boal ini.

IFtar komuniti moal boal Read More »

LEYTE:PUASA DAN IFTAR 2024

Tanggal 13 Ramadhan 1445H bersamaan 24 Mac 2024, Ummah Care Malaysia sekali lagi kembali ke bumi Cebu di Filipina untuk misi kemanusiaan seterusnya. Kali ini membawa hasrat besar dari rakyat Malaysia yang ingin menganjurkan program iftar kepada mualaf di Filipina ini. Setibanya di Cebu, kru Ummah Care Malaysia yang diwakili oleh Ustaz Nasir Zakaria (Presiden) dan Dato Dr Abdul Razak Kechik (Penaung) melepaskan lelah di Rahmaniyyah islamic Center sebelum bergerak ke lokasi seterusnya. Perjalanan ke Cebu melalui sebuah jambatan panjang yang seakan-akan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Lapu-lapu dan Pulau Cebu. Seusai berehat dan melepaskan lelah di Pusat Islam Rahmaniyyah ini, kami bergerak ke satu destinasi di mana terletaknya sebidang tanah yang ingin diwakafkan ke jalan Islam.  Demi niat membantu saudara Islam yang lain, seorang Mualaf ini telah mewakafkan tanah miliknya untuk dijadikan tempat ibadah bagi masyarakat Islam di situ. Tanah tersebut adalah tanah yang diwarisi dari datuknya.  Menurut pemilik tanah ini, beliau hanya mahukan 1/4 sahaja dari keluasan tanah tersebut untuk petempatan rumah beliau dan juga penjaganya. Selebihnya digunakan untuk tujuan membina masjid di situ. Alhamdulillah murninya hati mualaf di sini. Kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan di sana telah membuka pintu hatinya untuk terlibat dalam usaha dakwah ini dengan caranya sendiri. https://www.tiktok.com/@ummahcaremalaysia/video/7350181876277038344?  

LEYTE:PUASA DAN IFTAR 2024 Read More »

misi disember 2023

BUMI CEBU, KAMI KEMBALI Disember 2023, bulan terakhir tahun ini menyaksikan kedatangan semula kru Ummah Care Malaysia ke bumi Cebu. Kali ini misi kami adalah menyampaikan sumbangan dari Tuan Puan yang budiman dan meneruskan pemantauan pembinaan Masjid Al-Ummah Badian. Di samping itu akan turut direncanakan adalah serahan dana pembangunan terkumpul Masjid Al-Ummah, Badian untuk kelangsungan kerja-kerja pembinaan yang seterusnya. Misi kami turut disertai oleh Penaung Ummah Care Malaysia iaitu Dato Dr. Razak yang setia ditemani oleh isteri, Datin Asriah. Tuan Puan doakan segala urusan kami dipermudahkan Allah SWT.  Kami bawa sumbangan Tuan Puan untuk disampaikan kepada mereka. Ada yang bagi tudung, ada yang bagi telekung untuk bantu saudara kita di sana.  Bantu mereka tutup aurat sebaiknya. Bantu mereka jaga agama Islam dalam kehidupan.

misi disember 2023 Read More »

tanah perkuburan pinamugajan

GUBA DAN MUSLIM PINAMUNGAJAN Pinamungajan, sebuah kawasan perbandaran kecil yang terletak di daerah Cebu merupakan antara kawasan yang ditempati oleh masyarakat Islam Filipina.  Kawasan ini mempunyai 100,000 orang penduduk Muslim. Namun demikian, kehidupan mereka masih banyak kekurangan. Kemudahan yang ada masih belum lengkap. Bukan hanya ketika mereka hidup bahkan ketika mereka meninggal dunia juga. Mereka berdepan kesukaran  mendirikan tempat ibadah. Mereka juga menghadapi kesukaran menguruskan urusan kematian. Di Pinamungajan, penduduk Muslim berdepan kesukaran apabila terdapat kematian di kalangan mereka. Ini kerana mereka tidak mempunyai kawasan perkuburan Islam di petempatan tersebut. Tanah perkuburan terdekat ialah Tanah Perkuburan Islam Guba. Tapak perkuburan Islam sedia ada terletak di Guba, jauhnya kira-kira 72 KM dari Pinamungajan. Meredah perjalanan yang jauh dan sukar merupakan perkara biasa bagi masyarakat Muslim di situ. Kawasan tersebut berbukit bukau dan terletak jauh dari kawasan jalan utama sekaligus menyukarkan proses penyempurnaan jenazah. Namun semuanya tetap dilaksanakan sebaiknya sebagai memenuhi keperluan fardhu kifayah.

tanah perkuburan pinamugajan Read More »

Menjejak Everest, Nepal: Misi Korban dan Dakwah Ummah Care Malaysia

Catatan 1 Menjejak Everest, Nepal: Misi Korban dan Dakwah Ummah Care Malaysia 26 Mei 2023 Tiba di Kathmandu, jam 11 malam waktu Malaysia disambut dengan hujan lebat dan sejuk.Terus ke hotel, check in dan nikmati tea hijau bersama sahabat di sini, seterusnya makan malam yang lewat dengan nasi beriani kambing.27 Mei. Berpagian di bandar Bagbazar, sebahagian dari Kathmandu. Bagbazar bermakna Pasar Harimau dalam bahasa Nepal. Kami menikmati cuaca pagi yang cerah di Negara berpopulasi hampir 30 juta dengan Muslim hanya seputar 4.4 Peratus atau 1.5 juta lebih kurang. Majoriti penduduk beragama Hindu sekitar 80 peratus lebih dan Buddha sekitar 9 peratus.Terdapat sejarah panjang Islam di sini. Masjid Nepali yang dibina sejak tahun 1484 dalam abad ke 15 dibina semula 1990. Catatan 2 Nepal : Masjid Kashmiri Islam masuk ke Nepal di catatkan sejak abd ke 11 Masehi melalui pedagang Arab. Seterusnya melalui ketenteraan dengan perangan panglima tentera yang berpusat di India.Terdapat peranan penting orang Kashmir di Kathmandu. Ia adalah gelombang ketiga Islam di Nepal.Masjid Kashmiri lebih tua dari Masjid Jamik Nepali. Juga dibina pada abad ke 15 oleh seorang ulamak dari Kashmir, Shah Miskin. Bermaksud Raja orang Miskin. Sempat berbual dengan Mr Suhailiuddin yang menjaga masjid ini. Terdapat Makam Shah Miskin di dalam Kompleks Masjid Kashmiri Taqiya ini.Sempat bersama anak anak yang belajar di Madrasah yang terdapat di situ dan bersembang dengan ustaz yang berasal dari India yang baru mengajar tafsir, bahasa Arab dan sirah. Beliau adalah lulusan Al Azhar.

Menjejak Everest, Nepal: Misi Korban dan Dakwah Ummah Care Malaysia Read More »

sumbangan kepada Baba Haji Mohd Adnan Abdul Wahab

Tercapailah sudah hasrat Ummah Care Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada Baba Haji Mohd Adnan Abdul Wahab, guru pondok di Pattani Thailand. Beliau sedang membangunkan Pondok Bustanul Arifin, sebuah pondok Warga Emas, pondok pelajar remaja, pondok kelamin dan Tahfiz. Beliau juga banyak menabur Bakti di Malaysia dengan mengadakan daurah ilmu dan sebagainya. Semoga Baba Nan terus maju membangunkan Ummah. Lihat kempen sedekah

sumbangan kepada Baba Haji Mohd Adnan Abdul Wahab Read More »

iftar ummah care Indonesia

Program Berbuka Puasa Ummah Care Indonesia di TPQ Alfiatun Nikmah pada Tarikh : 17 April 2023. Lokasi kegiatan: TPQ Alfiatun Nikmah, Desa Maukeo Kecamatan Mauponggo Kabupaten Nagekeo Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Total Santri : 96 orangTotal Cekgu : 2 orangdan lain2 : 2 orang Total keseluruhan : 100 orang Kos yang di Butuhkan : 45.000/ Porsi x 100 orang = 4.500.000 Jadi Kos yang di butuhkan adalah 4.500.000 Rupiah   Sumber asal Ummah Care Indonesia Lihat kempen sedekah https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/04/WhatsApp-Video-2023-04-19-at-18.20.02.mp4 Lihat kempen sedekah

iftar ummah care Indonesia Read More »

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH

BANTULAH WANITA-WANITA YANG MALANG SEMPENA RAMADAN (Rebut Pahala Wakaf Berganda Dengan Cukupkan Dana Pembangunan Kompleks  Pusat Pemulihan Dadah, Akhlak dan Tahfiz Wanita Darul Jannah) Sedekah sekarang Kami cadangkan Ramadan ini, kita ambil peluang bersedekah sepanjang bulan supaya kita mendapat ganjarannya. Amin. Bagaimana Cara Untuk Sertai? 1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan. 2. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan. pengiktirafan ummah care malaysia Previous Next “Di bulan Ramadan, Banyakkan Bersedekah” Bulan ini adalah bulan yang sangat afdal untuk bersedekah. Harta yang akan kita awak sampai ke alam sana ialah sedekah jariyah. Kompleks yang akan sentiasa menjana pahala untuk tuan-tuan dan puan-puan. Mereka insan yang sangat memerlukan bantuan dari kita untuk kembalikan keyakinan diri dan diterima kembali ke dalam masyarakat. Aktiviti mereka di sini akan dipenuhi dengan amal ibadah dan mencari keredhaan tuhan. Tuan puan bayangkan jika Mereka ini anak gadis tuan puan, Mereka ini keluarga anda, Mereka ini tidak bersalah.. Mereka mangsa keadaan. InsyaAllah, pahala akan mengalir selagi mana kompleks yang dibina atas sumbangan tuan puan ini dimanfaatkan sehingga akhir. Betapa hebatnya bersedekah/wakaf pada bulan Ramadan sehingga baginda Rasulullah SAW bersabda: “Sedakah yang paling utama adalah sedekah pada bulan ramadan” (Riwayat At-Tirmidzi) Ayuh kuatkan azam kita untuk beramal, seumpama Ramadan ini adalah Ramadan terakhir kita. “Tapi betul ke Kompleks Darul Jannah masih perlukan dana?” Tuan puan, pada awalnya kami juga telah menggunakan dana kami sendiri untuk membina Kompleks Darul Jannah ini dan telah siap sebanyak 70%. Namun, selepas siap pembinaan rupanya dana yang kami  sediakan tidak mencukupi untuk melengkapkan binaan Kompleks Darul Jannah ini. Jadi kami masih memerlukan sekitar RM 500 RIBU untuk menyiapkan koompleks ini. Sumbangan dari pihak tuan puan amat kami hargai. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk: Membina pagar untuk keselamatan penghuni Pemasangan siling Kerja-kerja mengecat bangunan Menyiapkan pondok pengawal Melengkapkan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV dan sebagainya Kami jamin, dana yang tuan puan infaqkan akan digunakan sebaiknya untuk pembangunan Kompleks Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. ini antara sebab kenapa kami bangunkan kompleks darul jannah ini “Aku wasiatkan kepada kamu untuk berbuat baik kepada para wanita.” (Riwayat Muslim) Berdasarkan hadis di atas kita digesa untuk tidak berbuat zalim kepada kaum yang bernama wanita. Di dalam Islam mereka diberikan darjat yang tinggi untuk dilindungi dan disayangi, bukannya di zalimi oleh orang yang mereka sayang. Marilah kita bantu mereka dengan memberi mereka tempat berlindung dari tangan-tangan zalim dan kejam yang berada di luar sana. Tamatkanlah penderitaan mereka dan gantikanlah tangis mereka dengan senyuman. Oleh itu, Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan Kompleks Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. Usaha ini bagi membantu melindungi wanita-wanita yang telah dianiaya dan salah laku daripada derita dan juga sengsara yang berterusan Ummah Care Malaysia berhasrat memberi perlindungan dan pemulihan kepada mereke kearah kehidupan lebih baik dan bermakna. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu ada ruang untuk berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik. Harapan selalu ada buat mereka yang tidak pernah berputus asa. Ayuh tuan puan, sempena Ramadan kali ini, kita bantu anak-anak dan wanita kita untuk rasa selamat dan tenang. Kita hadiahkan mereka tempat berlindung dan tempat belajar agama. Sedekah sekarang Boleh percaya ke ummah care malaysia ni? Ummah Care Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-003-07-15112066 Ummah Care Malaysia telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan, antaranya adalah bantuan kemanusiaan (dalam & luar negara), bantuan kecemasan bencana, bantuan makanan buat fakir miskin, agihan Al-Quran dan juga bantuan untuk mendirikan pondok pengajian. Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan, bleh hubungi pegawai khidmat kami di talian: 04-786 0478

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH Read More »

iftar bersama mualaf di Moal Boal City

Alhamdulillah ya Allah. Syukur padaMu. Menyantuni mualaf dalam misi iftar bersama mualaf di Moal Boal City. Sesuatu yang baru bagi mereka yang baru bersama Islam ini. Iftar berjemaah menambah keberkatan. Menu ringkas tetapi sangat bermakna. “𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘤𝘢𝘱 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘢𝘵𝘢𝘴𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢.” Lihat semua kempen https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/04/IMG_1696-2.movhttps://ucm.life/wp-content/uploads/2023/04/WhatsApp-Video-2023-03-30-at-22.41.38-1.mp4

iftar bersama mualaf di Moal Boal City Read More »