LEYTE:PUASA DAN IFTAR 2024

Tanggal 13 Ramadhan 1445H bersamaan 24 Mac 2024, Ummah Care Malaysia sekali lagi kembali ke bumi Cebu di Filipina untuk misi kemanusiaan seterusnya. Kali ini membawa hasrat besar dari rakyat Malaysia yang ingin menganjurkan program iftar kepada mualaf di Filipina ini.

Setibanya di Cebu, kru Ummah Care Malaysia yang diwakili oleh Ustaz Nasir Zakaria (Presiden) dan Dato Dr Abdul Razak Kechik (Penaung) melepaskan lelah di Rahmaniyyah islamic Center sebelum bergerak ke lokasi seterusnya. Perjalanan ke Cebu melalui sebuah jambatan panjang yang seakan-akan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Lapu-lapu dan Pulau Cebu.

Seusai berehat dan melepaskan lelah di Pusat Islam Rahmaniyyah ini, kami bergerak ke satu destinasi di mana terletaknya sebidang tanah yang ingin diwakafkan ke jalan Islam.  Demi niat membantu saudara Islam yang lain, seorang Mualaf ini telah mewakafkan tanah miliknya untuk dijadikan tempat ibadah bagi masyarakat Islam di situ. Tanah tersebut adalah tanah yang diwarisi dari datuknya. 

Menurut pemilik tanah ini, beliau hanya mahukan 1/4 sahaja dari keluasan tanah tersebut untuk petempatan rumah beliau dan juga penjaganya. Selebihnya digunakan untuk tujuan membina masjid di situ.

Alhamdulillah murninya hati mualaf di sini. Kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan di sana telah membuka pintu hatinya untuk terlibat dalam usaha dakwah ini dengan caranya sendiri.

https://www.tiktok.com/@ummahcaremalaysia/video/7350181876277038344?

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *