IQRA’: BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKANMU

Alhamdulillah kelas pengajian asas Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ Rahmah An-Nakawi mula dijalankan di beberapa tempat seperti yang dirancang. Kelas ini diadakan kepada penduduk Mualaf untuk mengajar mereka lebih dekat dengan Al-Quran. 

Lokasi mula kelas Iqra ini bertempat di Daerah Kawayan, Biliran, Pulau Leyte. Alhamdulillah rata-rata yang hadir bukan sahaja dari golongan tua bahkan juga golongan muda. Ada juga yang datang dari jauh semata-mata ingin mempelajari asas Al-Quran ini.

Mereka ini masih merangkak sebutan dan bacaannya namun jelas di wajah mereka kesungguhan mendalami ilmu ini demi membaca Al-Quran dengan lebih baik.

Doakan mereka supaya diberi kelancaran lidah dan diterangkan hati untuk mempelajari Al-Quran dan mengamalkan di dalam kehidupan. Mudah-mudahan mereka dapat menyebarkan kepada yang lain juga. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *