MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH 02/2024

Tanggal 23 Februari 2024 bermulanya satu perjalanan panjang Ummah Care Malaysia ke bumi Filipina. Kali ini kami menjejakkan kaki di Manila sebelum berangkat ke Pulau Leyte. Ini adalah kali ketiga kami berada di pulau ini untuk berdakwah kepada penduduk di situ.

Perjalanan kali ini membawa satu hasrat yang besar iaitu ingin mengadakan kelas pengajian Al-Quran kepada saudara kita di kawasan tersebut. Mereka ini masih ramai yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik, bahkan ada yang  masih tidak mengenal asas Al-Quran sebaiknya.

Di Daerah Mayorga ini sahaja, hanya tiga orang sahaja di kalangan mereka yang mampu membaca Al-Quran. Mereka ini terdiri daripada mualaf yang masih baru memeluk Islam.

Jadi misi kali ini membawa hasrat yang besar kepada komuniti Muslim di Kepulauan Cebu dan Leyte ini.

Tuan Puan doakan agar semuanya dipermudahkan Allah SWT. Nak membantu kami menaja mereka juga sangatlah digalakkan. Boleh salurkan sumbangan Tuan Puan  kepada nombor akaun di bawah ini:

552095228394 MAYBANK

ATAS NAMA UMMAH CARE MALAYSIA

https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina

https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina

https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *