Sesetengah individu melihat konsep sedekah sebagai memberi sesuatu yang dimilikinya kepada seseorang yang lain untuk membantu sekaligus menyebabkan hartanya berkurang. Namun demikian hakikat bersedekah tidak sesekali mengurangkan harta bahkan ianya akan diganti dengan yang lebih baik lagi.
Amalan bersedekah ini tidak terhad kepada wang ringgit sahaja. Ia turut merangkumi sedekah dalam bentuk tenaga, masa, dan jiwa. Bersedekah termasuklah membantu membawa barang orang lain, menghilangkan halangan di jalan dan juga mendamaikan orang yang bersengketa.
Ganjaran bersedekah ini pula tidak terhad kepada harta fizikal sahaja bahkan ia merangkumi kesihatan, kebahagiaan dalam hidup, ketenangan jiwa dan pelbagai lagi bentuk ganjaran yang terbaik yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang suka bersedekah.
2. Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223)
Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.
Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta.
Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud;
“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”
Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.
3.Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah (Surah al-Baqarah, 261)
Tidak asing lagi amalan bersedekah memang sinonim dengan muslim dan muslimat.
Malah dengan amalan seperti memberi makan, sedekah pada hari-hari tertentu, jelas masyarakat Islam memang pemurah.
Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa malah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah.
Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah al-Baqarah: 261
4.Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223)
Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.
Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta.
Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud;
“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”
Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.
5. Dengan bersedekah, Dosa Terhapus (HR At-Tirmidzi, 614)
Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614
Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.
6.Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764)
Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini?
Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.
Hadis lengkapnya adalah:
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705