Ceramah & Kuliah

SEDEKAH MENDIDIK JIWA

Umat Islam digalakkan untuk sentiasa membantu sesama saudara yang lain. Salah satu caranya adalah melalui sedekah. Melalui sedekah umat Islam dididik untuk menjadi dermawan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Amalan bersedekah mempunyai banyak kelebihan  terutama dalam aspek kerohanian manusia. 1. Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah (HR Muslim 2588) “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”  Riwayat: Muslim Sesetengah individu melihat konsep sedekah sebagai memberi sesuatu yang dimilikinya kepada seseorang yang lain untuk membantu sekaligus menyebabkan hartanya berkurang. Namun demikian hakikat bersedekah tidak sesekali mengurangkan harta bahkan ianya akan diganti dengan yang lebih baik lagi. Amalan bersedekah ini tidak terhad kepada wang ringgit sahaja. Ia turut merangkumi sedekah dalam bentuk tenaga, masa, dan jiwa. Bersedekah termasuklah membantu membawa barang orang lain, menghilangkan halangan di jalan dan juga mendamaikan orang yang bersengketa. Ganjaran bersedekah ini pula tidak terhad kepada harta fizikal sahaja bahkan ia merangkumi kesihatan, kebahagiaan dalam hidup, ketenangan jiwa dan pelbagai lagi bentuk ganjaran yang terbaik yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang suka bersedekah. 2. Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223) Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.  Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta. Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud; “Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”  Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah. 3.Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah (Surah al-Baqarah, 261) Tidak asing lagi amalan bersedekah memang sinonim dengan muslim dan muslimat. Malah dengan amalan seperti memberi makan, sedekah pada hari-hari tertentu, jelas masyarakat Islam memang pemurah. Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa malah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah. Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Surah al-Baqarah: 261 4.Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223) Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.  Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta. Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud; “Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”  Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.  5. Dengan bersedekah, Dosa Terhapus (HR At-Tirmidzi, 614) Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan. “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”  Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614 Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat. 6.Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764) Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini? Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini. Hadis lengkapnya adalah:  “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”  Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705 “Setiap anggota badan manusia diwajibkan bersedekah setiap harinya selama matahari masih terbit; kamu mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah; kamu menolong seseorang naik ke atas kendaraannya atau mengangkat barang bawaannya ke atas kendaraannya adalah sedekah; setiap langkah kakimu menuju tempat sholat juga dihitung sedekah; dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah.” (HR Bukhari dan Muslim).

SEDEKAH MENDIDIK JIWA Read More »

SYURGA YANG DIRINDUKAN

Ramadan adalah bulan di mana semua umat islam pulun mengerjakan ibadah. Bulan mulia yang ditunggu ketibaannya. Apa tujuan kita mengerjakan ibadah kepada Allah SWT? Sebagai hamba-NYA apa yang diharapkan dalam hidup ini sehinggalah pergi ke negeri yang kekal abadi. Di dunia sering di dengarkan betapa indahnya Syurga sehingga ada yang merindukannya walaupun tidak lagi lihat di depan mata. Perjalanan kali ini kita akan menuju ke Syurga Allah SWT, merasai keindahannya dari hidup di muka bumi ini lagi, supaya destinasi pilihan akhir kita adalah masuk ke Syurga Allah SWT bersama-sama.

SYURGA YANG DIRINDUKAN Read More »

KUNCI KETENANGAN

ASSALAMUALAIKUM : HADIS 11 (KUNCI KETENANGAN (40 AN-NAWAWI)) Meneruskan lagi pembelajaran hadis , fokus kepada hadis ke 11, daripada kitab Matan Arbain karangan Imam An-Nawawi. Hidup di zaman yang semakin sukar untuk membezakan mana yang baik dan tidak baik, lebih-lebih lagi umat Islam semakin jauh dan jahil daripada hukum syarak. Kupasan hadis ini bersama Izmir Fareez & Ustaz Mohd Shamsul Hakim Abd Samad. “Satukan Ummah, Dengan Ilmu”

KUNCI KETENANGAN Read More »

AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN

Ummah Care Malaysia bersama dalam kuliah Syeikh Zainul Asri Mudir DARSA. Beliau juga akan membantu pembinaan Kompleks Masjid Daerah Tabuelan, Cebu Filipina JUMAAT | 24 MAC 2023 KULIAH KHAS RAMADHAN AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN ANJURAN DAN TAJAAN:NORHALINDA HUSIN DAN HAIRUL NIZAM Sila kongsikan : “Sampaikanlah walau satu ayat” Sumbangan anda boleh salurkan melalui :- 02075010059171 Bank Islam ( YAYASAN DARUL SAJIDIN MALAYSIA ) Disediakan oleh : Media DarSA LIKE || COMMENT || SHARE _____________ Page rasmi mengenai informasi jadual pengajian, live streaming, infaq, sumbangan, waqaf dan yang berkaitan hanya akan dimaklumkan melalui page dan laman sosial berikut sahaja dan ikuti perkembangan semasa ke semasa Majlis Ilmu & program-program kami dengan mengikuti laman sosial berikut: FACEBOOK: INSTAGRAM: TELEGRAM: TIKTOK: @syeikhmuhdzainulasri جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN Read More »

RAMADAN MEMBINA RAHMAH

ASSALAM SAHUR : RAMADAN MEMBINA RAHMAH Alhamdulillah Allah SWT memberi kesempatan kepada kita melalui satu lagi hari untuk menghidupkan Ramadan. Bagaimana momentum Ramadan anda setakat ini? Dalam menjalani Ramadan ia perlulah membina rahmah dalam diri & kepada orang sekeliling. Apakah yang dimaksudkan Rahmah dalam bulan Ramadan? Ayuh bersama Ustaz Izmir Fareez & Ustaz Haji Mohamad Nasir bersama kita berzikir, bersahur & mengumpul pelbagai ilmu untuk memperbaiki amalan kita.

RAMADAN MEMBINA RAHMAH Read More »