Program Dakwah

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1)

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1) Keberadaan kru Ummah Care Malaysia di Pulau Leyte memberi satu kesempatan untuk meninjau beberapa tapak cadangan untuk dijadikan pusat pembangunan ekonomi Muslim di situ. Ianya merupakan antara matlamat penting bagi membantu kestabilan perkembangan Islam di kepulauan ini untuk jangka masa yang panjang.   Sesi lawatan tapak tanah kali ini ditemani oleh Saudara Aqil iaitu Presiden One Dakwah Foundation Leyte. Kawasan tanah yang dicadangkan ini adalah sangat strategik kerana merupakan satu kawasan yang landai berkeluasan 8 hektar. Namun pemilik tanah ini ingin menambah lagi keluasan tersebut sebanyak 2.5 hektar menjadikan jumlah keseluruhan tapak tanah adalah sebanyak 10.5 hektar.   Di kepulauan Leyte ini kawasan landai agak sukar diperolehi kerana faktor geografinya yang berbukit. Oleh itu lokasi ini merupakan satu pilihan yang baik . Dengan keluasan dan faktor muka bumi di situ ianya amat membantu untuk dijadikan kawasan petempatan dan pusat pembangunan ekonomi Muslim setempat. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1) Read More »

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA Tuan-tuan dan Puan yang dirahmati Allah, Ingat lagi tentang kisah sebuah surau yang bakal diambil semula oleh pemiliknya di Carigara? Boleh baca kisah ni di link ini https://ummahcaremalaysia.com/2024/04/18/caribara/ Hari ini kami akan kongsikan perkembangan projek pembinaan surau baru di daerah Carigara ini. Perjalanan kami di bumi FIlipina bermula di Kepulauan Leyte. Kami menuju ke Daerah Carigara bagi melihat perkembangan sebuah surau yang dibaik pulih dan ditambah binaannya bagi menggantikan surau yang digunakan sebelum ini. Kesibukan jadual perjalanan menyebabkan kami tiba di situ pada malam hari. Lebih tepat lagi di awal pagi jam 1:40 pagi. Masa yang singkat kali ini tidak membenarkan kami untuk berlengah-lengah dalam aturan aktiviti harian ini. Menurut makluman Bro Mahmud, pembinaan surau ini telah dimulakan sejak 7 hari yang lalu. Struktur binaan mula kelihatan walaupun tidak sepenuhnya. Keadaan luaran gelap tanpa pemasangan lampu menyebabkan kami hanya bergantung kepada cahaya lampu suluh untuk melihat persekitaran pembinaan. Di bahagian dalam ruangan dapur surau ini, kami dimaklumkan bahawa struktur bumbung akan dinaikkan supaya menjadi lebih luas. Kawasan tersebut akan dijadikan ruang solat Muslimat manakala di sebelahnya adalah kawasan Muslimin. Melihat kepada perkembangan pembinaan surau ini, kami berasa sangat teruja. Surau ini dibina dengan hasil sumbangan Tuan Puan kepada Ummah Care Malaysia. Doakan segala urusan ini berjalan lancar supaya ia dapat memberi manfaat kepada penduduk Muslim di situ. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA Read More »

SAHABAT MUSAFIR IORM

SAHABAT MUSAFIR IORM Perjalanan musafir kami ke Daniel Z. Romualdez, Tacloban memberi peluang untuk transit di Ninoy Aquino International Airport, Manila sekaligus dapat bertemu dengan seorang sahabat baru kami ini, Sabar Abd Jalil. Saudara Sabar Abd Jalil merupakan seorang pendakwah dan juga Presiden sebuah pertubuhan NGO Muslim iaitu Islam The Original Religion of Mankind Inc. (IORM) yang berpusat di Rahimah Dakwah Center. Beliau yang juga seorang Mualaf Muslim yang aktif menganjurkan aktiviti dakwah melalui program Caravan Dakwah. Pertemuan ini memberi satu perspektif baru kepada pergerakan dakwah Ummah Care Malaysia. Kami doakan semoga segala aktiviti IORM diberi kelancaran dan diberkati Allah SWT. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

SAHABAT MUSAFIR IORM Read More »

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA SIRI 4/2024

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA SIRI 4/2024 April 2024 menyaksikan sekali lagi perjalanan Ummah Care Malaysia ke Filipina. Berbanding misi sebelum ini, tempoh perjalanan kami kali ini lebih singkat. Tujuan misi ditumpukan lebih kepada pemantauan projek-projek yang sedang dilaksanakan pada ketika ini. Perjalanan misi bermula dari Kuala Lumpur International Airport dan dijangka akan tiba di Daniel Z. Romualdez Airport, Tacloban pada jam 2 petang. Kru Ummah Care Malaysia diwakili oleh Penaung, Dr. Abdul Razak bin Kechik dan Presiden, Ustaz Nasir bin Zakaria serta Encik Ahmad Mohamad Afandi bin Ahmad Shamsuddin. Doakan agar misi ini diberkati Allah SWT dan diberi kelancaran urusan sepanjang masa. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA SIRI 4/2024 Read More »

ibadah korban pulau cebu, filipina

ibadah korban pulau cebu, filipina Perutusan Dari SS Dato Paduka Mufti Kedah https://ummahcaremalaysia.com/wp-content/uploads/2024/05/Untitled-design-2.mp4 Ustaz nasir zakaria, presiden ummah care malaysia Mualaf Islam Filipina merayu kepada kita semua dan panggilan rayuan kepada kita Rakyat Malaysia. Assalamualaikum, saya Ustaz Nasir Zakaria, Presiden Ummah Care Malaysia menerima rayuan dan permintaan daripada saudara saudara mualaf khususnya Pulau Cebu, Filipina dan saya tidak sanggup untuk mengetepikan rayuan mereka untuk kita mengadakan ibadah korban di tempat mereka. Korban yang kita lakukan di masjid-masjid dan pusat-pusat Islam kita di sana adalah kesinambungan daripada program dakwah yang dilakukan oleh Ummah Care Malaysia dengan kolaborasi dengan Briged Bakti Malaysia dan rakan-rakan NGO yang lain. Mereka sangat memerlukan korban ini kerana akses kepada daging halal adalah sesuatu yang sangat sukar kerana Filipina bukanlah negara Islam. Lagipun harga daging adalah mahal dan kebanyakan mereka adalah golongan miskin dan memerlukan.. Program korban yang dikendalikan oleh Ummah Care Malaysia di Filipina adalah sangat Istimewa kerana ia adalah korban yang berkonsepkan dakwah. Penerima daging termasuk masyarakat bukan Islam yang berminat mengetahui maklumat tentang Islam. Para penerima daging juga akan turut menerima beras dan penerima wanita Muslimah akan juga menerima tudung dan pakaian yang menutup aurat. PILIH PROGRAM KORBAN Majlis korban yang dilakukan juga akan disertai dengan program penerangan mengenai Islam yang akan disampaikan oleh para pendakwah dan ustaz kami. Apabila golongan mualaf ini merayu kepada kami, maka menjadi tanggungjawab kami untuk memanjangkan rayuan ini kepada tuan puan yang Budiman. Bantulah kami untuk memenuhi hajat mereka mendapatkan daging korban yang halal untuk mereka dan keluarga mereka. Kami merancang untuk memberikan kepada setiap keluarga sebanyak 2kg daging halal bersama-sama dengan 2kg beras sebagai sumbangan korban kepada mereka. Untuk merealisasikan perkara ini, kami memerlukan sebanyak 200 ekor lembu atau 1400 bahagian korban. Kami amat berharap program korban tahun kelima Ummah Care Malaysia akan memanfaatkan banyak golongan mualaf dan Masyarakat yang berminat mengetahui tentang Islam. pilih program korban 1 EKOR KAMBING RM600/SEEKOR KAMBING sertai program korban 1 EKOR LEMBU RM4340/SEEKOR LEMBU sertai program korban 1 BAHAGIAN RM620/BAHAGIAN sertai program korban

ibadah korban pulau cebu, filipina Read More »

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE

Selesai di Moal Boal, pihak kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu di daerah Javier, Pulau Leyte. Di daerah ini terletaknya sebuah masjid yang dibina dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Ummah Care Malaysia. Masjid yang dinamakan Masjid Al-Hidayah ini dibina dalam masa tiga minggu sahaja. Biarpun belum sempurna sepenuhnya namun ianya kini sudah boleh digunakan oleh penduduk Islam setempat untuk beribadah.   Program ini dimulakan dengan penerangan tentang Islam oleh Ustaz Aqil, seorang pendakwah dan juga guru agama di sana. Seterusnya adalah sesi syahadah bagi yang terbuka hati untuk memeluk Islam. Program dilanjutkan dengan majlis iftar beramai-ramai bersama petugas dan juga penduduk Mualaf Muslim Javier. Iftar dengan nasi dan lauk yang ringkas namun mewah bagi mereka sambil diiringi oleh rintik hujan yang lebat ketika itu. Nasi itu sendiri sudah mewah bagi penduduk di sini kerana beras adalah mahal harganya. Kami menjamah menu yang sama sahaja bagi kesemua yang hadir ketika itu. Program seterusnya adalah pemberian beras kepada penduduk. Sebanyak dua kilogram beras diagihkan kepada setiap penduduk yang hadir sebagai tanda meraikan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ianya juga adalah hasrat rakyat Malaysia yang prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama saudara seagama mereka di sini.

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE Read More »

IFtar komuniti moal boal

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Destinasi seterusnya adalah Daerah Moal Boal bagi menyampaikan hajat rakyat Malaysia yang budiman. Misi kami di Moal Boal ini adalah ingin bersama-sama meraikan suasana berbuka puasa dengan penduduk Mualaf di kawasan ini. Sampai di situ kami disambut ramah oleh petugas-petugas dan juga sebahagian penduduk yang sedia menanti kedatangan kami. Persediaan berbuka dilakukan beramai-ramai sambil menunggu kedatangan penduduk yang lain.  Alhamdulillah ramai yang dapat hadir ke majlis iftar ini. Daripada golongan datuk nenek sehinggalah ke golongan kanak-kanak. Semuanya gembira diraikan di bulan Ramadhan ini. Menu yang dihidangkan adalah biasa sahaja iaitu nasi putih bersama ayam masak kicap, sedikit sayur,pangsit yang yang seakan-akan mee goreng dan juga air berserta kurma. Semua yang hadir gembira apabila diraikan dalam iftar yang ringkas bagi kita namun amat mewah bgi penduduk di Moal Boal ini. Iftar di Moal Boal ini kita adakan di hadapan sebuah masjid yang sedang didirikan. Bangunan berbumbung hijau di dalam gambar tersebut merupakan sebuah masjid yang masih dalam proses pembinaan untuk kegunaan penduduk Muslim di situ.  Penduduk si sini tidak mempunyai tempat ibadah yang sempurna. Masjid memang tidak ada. Jadi masjid yang akan disiapkan ini memberi harapan kepada mereka untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui pengajian-pengajian kelas agama oleh para ustaz dan ustazah di Moal Boal ini.

IFtar komuniti moal boal Read More »

LEYTE:PUASA DAN IFTAR 2024

Tanggal 13 Ramadhan 1445H bersamaan 24 Mac 2024, Ummah Care Malaysia sekali lagi kembali ke bumi Cebu di Filipina untuk misi kemanusiaan seterusnya. Kali ini membawa hasrat besar dari rakyat Malaysia yang ingin menganjurkan program iftar kepada mualaf di Filipina ini. Setibanya di Cebu, kru Ummah Care Malaysia yang diwakili oleh Ustaz Nasir Zakaria (Presiden) dan Dato Dr Abdul Razak Kechik (Penaung) melepaskan lelah di Rahmaniyyah islamic Center sebelum bergerak ke lokasi seterusnya. Perjalanan ke Cebu melalui sebuah jambatan panjang yang seakan-akan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Lapu-lapu dan Pulau Cebu. Seusai berehat dan melepaskan lelah di Pusat Islam Rahmaniyyah ini, kami bergerak ke satu destinasi di mana terletaknya sebidang tanah yang ingin diwakafkan ke jalan Islam.  Demi niat membantu saudara Islam yang lain, seorang Mualaf ini telah mewakafkan tanah miliknya untuk dijadikan tempat ibadah bagi masyarakat Islam di situ. Tanah tersebut adalah tanah yang diwarisi dari datuknya.  Menurut pemilik tanah ini, beliau hanya mahukan 1/4 sahaja dari keluasan tanah tersebut untuk petempatan rumah beliau dan juga penjaganya. Selebihnya digunakan untuk tujuan membina masjid di situ. Alhamdulillah murninya hati mualaf di sini. Kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan di sana telah membuka pintu hatinya untuk terlibat dalam usaha dakwah ini dengan caranya sendiri. https://www.tiktok.com/@ummahcaremalaysia/video/7350181876277038344?  

LEYTE:PUASA DAN IFTAR 2024 Read More »

IQRA’: BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKANMU

Alhamdulillah kelas pengajian asas Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ Rahmah An-Nakawi mula dijalankan di beberapa tempat seperti yang dirancang. Kelas ini diadakan kepada penduduk Mualaf untuk mengajar mereka lebih dekat dengan Al-Quran.  Lokasi mula kelas Iqra ini bertempat di Daerah Kawayan, Biliran, Pulau Leyte. Alhamdulillah rata-rata yang hadir bukan sahaja dari golongan tua bahkan juga golongan muda. Ada juga yang datang dari jauh semata-mata ingin mempelajari asas Al-Quran ini. Mereka ini masih merangkak sebutan dan bacaannya namun jelas di wajah mereka kesungguhan mendalami ilmu ini demi membaca Al-Quran dengan lebih baik. Doakan mereka supaya diberi kelancaran lidah dan diterangkan hati untuk mempelajari Al-Quran dan mengamalkan di dalam kehidupan. Mudah-mudahan mereka dapat menyebarkan kepada yang lain juga. 

IQRA’: BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKANMU Read More »

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH 02/2024

Tanggal 23 Februari 2024 bermulanya satu perjalanan panjang Ummah Care Malaysia ke bumi Filipina. Kali ini kami menjejakkan kaki di Manila sebelum berangkat ke Pulau Leyte. Ini adalah kali ketiga kami berada di pulau ini untuk berdakwah kepada penduduk di situ. Perjalanan kali ini membawa satu hasrat yang besar iaitu ingin mengadakan kelas pengajian Al-Quran kepada saudara kita di kawasan tersebut. Mereka ini masih ramai yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik, bahkan ada yang  masih tidak mengenal asas Al-Quran sebaiknya. Di Daerah Mayorga ini sahaja, hanya tiga orang sahaja di kalangan mereka yang mampu membaca Al-Quran. Mereka ini terdiri daripada mualaf yang masih baru memeluk Islam. Jadi misi kali ini membawa hasrat yang besar kepada komuniti Muslim di Kepulauan Cebu dan Leyte ini. Tuan Puan doakan agar semuanya dipermudahkan Allah SWT. Nak membantu kami menaja mereka juga sangatlah digalakkan. Boleh salurkan sumbangan Tuan Puan  kepada nombor akaun di bawah ini: 552095228394 MAYBANK ATAS NAMA UMMAH CARE MALAYSIA https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH 02/2024 Read More »