ibadah korban pulau cebu, filipina

Perutusan Dari SS Dato Paduka Mufti Kedah

Ustaz nasir zakaria, presiden ummah care malaysia

Mualaf Islam Filipina merayu kepada kita semua dan panggilan rayuan kepada kita Rakyat Malaysia.

Assalamualaikum, saya Ustaz Nasir Zakaria, Presiden Ummah Care Malaysia menerima rayuan dan permintaan daripada saudara saudara mualaf khususnya Pulau Cebu, Filipina dan saya tidak sanggup untuk mengetepikan rayuan mereka untuk kita mengadakan ibadah korban di tempat mereka.

Korban yang kita lakukan di masjid-masjid dan pusat-pusat Islam kita di sana adalah kesinambungan daripada program dakwah yang dilakukan oleh Ummah Care Malaysia dengan kolaborasi dengan Briged Bakti Malaysia dan rakan-rakan NGO yang lain.

Mereka sangat memerlukan korban ini kerana akses kepada daging halal adalah sesuatu yang sangat sukar kerana Filipina bukanlah negara Islam. Lagipun harga daging adalah mahal dan kebanyakan mereka adalah golongan miskin dan memerlukan..

Program korban yang dikendalikan oleh Ummah Care Malaysia di Filipina adalah sangat Istimewa kerana ia adalah korban yang berkonsepkan dakwah. Penerima daging termasuk masyarakat bukan Islam yang berminat mengetahui maklumat tentang Islam. Para penerima daging juga akan turut menerima beras dan penerima wanita Muslimah akan juga menerima tudung dan pakaian yang menutup aurat.

Majlis korban yang dilakukan juga akan disertai dengan program penerangan mengenai Islam yang akan disampaikan oleh para pendakwah dan ustaz kami.

Apabila golongan mualaf ini merayu kepada kami, maka menjadi tanggungjawab kami untuk memanjangkan rayuan ini kepada tuan puan yang Budiman. Bantulah kami untuk memenuhi hajat mereka mendapatkan daging korban yang halal untuk mereka dan keluarga mereka.

Kami merancang untuk memberikan kepada setiap keluarga sebanyak 2kg daging halal bersama-sama dengan 2kg beras sebagai sumbangan korban kepada mereka. Untuk merealisasikan perkara ini, kami memerlukan sebanyak 200 ekor lembu atau 1400 bahagian korban.

Kami amat berharap program korban tahun kelima Ummah Care Malaysia akan memanfaatkan banyak golongan mualaf dan Masyarakat yang berminat mengetahui tentang Islam.

pilih program korban

1 EKOR KAMBING

RM600/SEEKOR KAMBING

1 EKOR LEMBU

RM4340/SEEKOR LEMBU

1 BAHAGIAN

RM620/BAHAGIAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *