SAHABAT MUSAFIR IORM

Perjalanan musafir kami ke Daniel Z. Romualdez, Tacloban memberi peluang untuk transit di Ninoy Aquino International Airport, Manila sekaligus dapat bertemu dengan seorang sahabat baru kami ini, Sabar Abd Jalil.

Saudara Sabar Abd Jalil merupakan seorang pendakwah dan juga Presiden sebuah pertubuhan NGO Muslim iaitu Islam The Original Religion of Mankind Inc. (IORM) yang berpusat di Rahimah Dakwah Center. Beliau yang juga seorang Mualaf Muslim yang aktif menganjurkan aktiviti dakwah melalui program Caravan Dakwah.

Pertemuan ini memberi satu perspektif baru kepada pergerakan dakwah Ummah Care Malaysia. Kami doakan semoga segala aktiviti IORM diberi kelancaran dan diberkati Allah SWT.

ummah care malaysia

Penghubung Kasih Ummah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *