kepulauan leyte

Misi kami seterusnya berlangsung di Kepualauan Leyte, sebuah pulau yang terletak di Wilayah Visayas. Dengan kepadatan penduduk sebanyak 2 juta lebih, Leyte terdiri dari beberapa kawasan perbandaran walaupun kebanyakan kawasan adalah gunung ganang dan bukit bukau.

Untuk tiba di kepulauan ini, kami perlu menggunakan feri selama tiga jam perjalanan. Setibanya di sana kami dibawa ke Masjid Madinah untuk melepaskan lelah dan makan serta solat. Di masjid ini juga kami dapat berkumpul bersama-sama komuniti Muslim di situ.

 

Dari masjid Madinah, kami bergerak ke perkampungan Isabelle untuk program dakwah seterusnya. Ketibaan kami disambut mesra oleh pihak berkuasa tempatan dan juga penduduk setempat. Sementara menyiapkan peralatan dan barangan, para penduduk mula hadir ke dewan tersebut.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Imam Masjid Madinah iaitu Imam Abdul Rauf. Kemudian Ustaz Jamal Dalman seterusnya Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Ustaz Nasir Zakaria.

Selesai ucapan, mass syahadah turut berlangsung. Kemudian para penduduk diberi sedikit sumbangan saguhati atas kesudian mereka hadir dan mengikuti program dakwah yang diadakan ini.

Semoga ada yang mendapat hidayah dari apa yang berlaku pada program hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *