LEMBARAN BARU ELI NEGROS

Hari kedua kami di sini membawa kami ke sebuah tempat baru iaitu Kampung Eli Negros. Kampung ini belum pernah lagi kami jejaki kerana lokasi yang terletak jauh dari Perbandaran Cebu.

Perjalanan ke perkampungan ini nyata amat berliku. Seawal 4 pagi kami perlu bergerak ke jetty iaitu Port of Tangil, Dumanjug untuk urusan tiket. Kami turut membawa barang sumbangan untuk disampaikan kepada penduduk di sana.

Turun dari jetty Guihulngan, kami menaiki pula sebuah teksi yang boleh memuatkan sepuluh penumpang dalam satu masa.  Saiz teksi ini hampir dengan saiz sebuah lori pick-up di negara kita.

Perjalanan masih belum terhenti di situ. Di tengah perjalanan kami menukar teksi tadi kepada sebuah motosikal.mungkin disebabkan oleh keadaan jalan yang sempit dan berbatu menyebabkan kenderaan lain tidak sesuai melakukan perjalanan di sana.

Sesuatu yang amat bernilai apabila merasai peluang menaiki sebuah motosikal bersama empat orang pembonceng sekaligus. Tengoklah bagaimana keadaan kami atas motosikal tu. Rasa gusar bercampur geli hati bermain di hati. masing-masing hanya mampu ketawa sepanjang perjalanan tersebut.

bersambung….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *