Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami tiba di Mactan Airport, Cebu, Filipina dengan selamatnya. Alhamdulillah.
Kedatangan kami disambut oleh Ustaz Alimuddin, pengurus pusat Islam di Cebu. Kami dibawa ke destinasi pertama kami dengan menaiki sebuah van. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan sekitar kepualauan ini.
Kami tiba di Pulau Lapu-Lapu sekitar jam 5 petang. Sampai di sana perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki ke Pusat Islam Lapu-Lapu iaitu Masjid Rahmaniyyah. Masjid Rahmaniyyah terletak di dalam kawasan yang agak jauh dari jalan utama.
Setibanya kami di situ, kami disambut gembira oleh kakitangan pusat Islam ini dan juga penduduk kampung yang sedia maklum akan kehadiran kami untuk misi kali ini. Kami turut diraikan dengan jamuan kecil-kecilan sebagai tanda penghargaan.