MISI QURBAN DAKWAH 1444/2023
Misi Qurban Dakwah 1444/2023 turut dilakukan di Nepal bersama masyarakat Muslim di sana. Antara tempat perlaksanaan qurban ini adalah di Pokhariya, Ukharkatta, Komalpal dan juga Kadmaha. Sebanyak 28 ekor kerbau berjaya ditumbangkan bagi perlaksanaan ibadah qurban ini.
Selain MAPIM dan Ummah Care Malaysia, program ini turut disertai oleh beberapa NGO lain seperti Borderless Humanity dan Insan Madani.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT diiringi doa Tuan Puan kesemua urusan berjalan dengan lancar.
Daging kerbau dan juga beras telah diagihkan kepada semua di tempat perlaksanaan qurban. Inilah hasil sumbangan Tuan Puan selama ini. Diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Kami hanya perantara sahaja. Menyampaikan amanah Tuan Puan sebaiknya.
“Tidaklah Nabi SAW berkhutbah kepada kami, melainkan beliau bersabda: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki (sifat) amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya.” (HR Muslim)

