MISI QURBAN DAKWAH NEPAL

QURBAN DAKWAH 1444/2023 : UKHWAH DI NEPAL

28 Julai 2023: Misi Qurban Dakwah 1444H/2023 menjejakkan kaki ke Biratnagar, Nepal. Misi qurban kali ini yang disertai oleh MAPIM Wilayah Persekutuan, Ummah Care Malaysia, Borderless Humanity, Insan Madani dan juga beberapa NGO lain membawa amanah dari rakyat Malaysia untuk disampaikan kepada yang memerlukan di sini.

Penduduk di Nepal dianggarkan berjumlah 30.1 juta orang. Sumber pendapatan terbanyak adalah dari sektor pelancongan terutama berkaitan perlancongan Everest. Hanya 5% bersamaan 1.5M populasi daripada jumlah tersebut merupakan penduduk Muslim. Rata-rata mereka ini  dianggap sebagai golongan terpinggir di negara tersebut.
 
Kebanyakan Muslim di negara Nepal ini merupakan miskin dhaif. Walaupun mereka memelihara lembu, qurban lembu dilarang sama sekali di sini atas faktor keagamaan iaitu Hindu sebagai agama rasmi negara. Mana-mana pihak boleh ditangkap dan dipenjara sekiranya didapati menyembelih lembu. Justeru, kerbau adalah alternatif bagi perlaksanaan ibadah qurban.

 

Lokasi perlaksanaan ibadah qurban di Nepal bertempat di Pokhariya, Ukharkatta, Kamalpur dan Kadmaha, Biratnagar. Alhamdulillah sepanjang perjalanan di sana, sebanyak 28 ekor kerbau telah berjaya diqurbankan. Daging qurban dan juga beras telah diagihkan kepada setiap keluarga di perkampungan Muslim ini.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati semua yang terlibat dalam Misi Qurban Dakwah pada kali ini. 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *