MISI QURBAN DAKWAH 1444/2023
Kru Misi Qurban tiba di Cebu, Filipina lebih kurang jam 11 pagi. Sebelum memulakan perjalanan seterusnya, satu sesi penerangan ringkas berkaitan sejarah Pulau Lapu-Lapu disampaikan oleh Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria. Penerangan ini bagi membantu rakan-rakan kru lain yang terdiri dari ahli Masjid Al-Hasanah Bangi, Aqrab Alistiqamah dan wakil ANGKASA mendengar dengan penuh teliti penerangan yang diberikan.
Misi Qurban Dakwah kali ini akan melibatkan beberapa Pusat Islam dan Masjid yang dikendalikan bersama di bawah Briged Bakti Malaysia (BBM) , Ummah Care Malaysia dengan kerjasama One Dakwah Foundation.
Destinasi pertama dalam misi ini adalah Pulau Olango, sebuah pulau yang terletak di kawasan timur Lapu-lapu bagi melaksanakan Program Mass Dakwah bersama masyarakat di pulau tersebut. Iftar Perdana sempena Puasa Hari Arafah adalah antara aktiviti yang dirancang bersama masyarakat mualaf bertempat di Masjid Rahmaniyyah, Pulau Lapu-Lapu.
