LAWATAN KE MASJID ANAPOG, BARANGAY ANAPOG

Selesai sudah agenda melawat tapak cadangan pusat pembangunan ekonomi di Leyte, kru Ummah Care Malaysia bergerak untuk melihat progress pembinaan Masjid Anapog ataupun Pusat Islam Anapog yang terletak di Barangay Anapog, di perbandaran San Remigio, Cebu, Filipina. Masjid ini dibeli dengan harga 700,000 peso bersamaan RM 60,000. Kos membina masjid ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan Muslim di daerah ini.

 

Alhamdulillah proses pembinaan masjid ini berjalan dengan lancar setakat ini. Bagi membantu ekonomi penduduk Islam di sini, bangunan kedai akan turut dibangunkan di bahagian garaj masjid sebagai sumber ekonomi penduduk Islam di sini.

 

Doakan semua urusan pembinaan masjid ini dan juga semua urusan kami dipermudahkan oleh Allah SWT.

ummah care malaysia

Penghubung Kasih Ummah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *