Uncategorized

IFTAR DI MASJID AL-UMMAH, BADIAN, FILIPINA

Alhamdulillah 2 Mac 2026 bersamaan 12 Ramadhan 1447, satu Mass Iftar diadakan di Masjid al Ummah, Badian Cebu Filipina. Kurang lebih 100 mualaf terdiri dari para jiran dan penduduk kampung diselitkan dengan dakwah tentang makna Ramadhan, bagaimana cara berpuasa dengan betul dan kenapa umat Islam wajib berpuasa. Turut dilaksanakan adalah edaran seorang sekilo beras sebagai tanda ingatan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman atas kesudian berkongsi rezeki dengan para mualaf di sini. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berpanjangan dan rahmat kepada para penyumbang semua.  

IFTAR DI MASJID AL-UMMAH, BADIAN, FILIPINA Read More »

LANGKAH DAKWAH

Dari Pulau Camotes, langkah diatur untuk ke destinasi seterusnya melalui ke Danau Port. Dari Danau Port, Ustaz Nasir dan Ustaz Syarizan serta Ustaz Salim bergerak menaiki feri menuju ke Toledo City. Perjalanan kami menjadi sedikit terganggu apabila van yang dinaiki mengalami tayar pancit. Mujur juga pemandu van sangat cekap menukar tayar yang baru. Tiba di Toledo City, hari telah gelap. Kami disambut dan dibawa rumah penginapan. Sampai di sana, makanan malam telah siap dihidangkan. Perut yang lapar ditambah rasa keletihan sepanjang perjalanan menjadikan makanan lebih terasa kesedapannya. Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat kenyang yang diberikan Allah SWT kepada kami. Iqra’ di Toledo Jam 9 malam seusai solat dan melepaskan lelah, kursus Iqra’ dimulakan. Disertai oleh ketua-ketua pusat Islam Toledo kursus ini dimulakan dengan pengenalan dan pendedahan Teknik An-Nakawi kepada peserta yang hadir. Kemudian para peserta akan bersama-sama belajar membaca menggunakan kaedah ini seterusnya membaca secara individu bagi menilai tahap penguasaan teknik ini. Walaupun tidak semua yang hadir dapat membaca dengan baik namun kaedah ini membolehkan mereka mengingat asas bacaan Al-Quran dengan lebih baik. Ada yang masih merangkak lagi bacaannya. Tak apalah tuan puan. yang penting mereka ada usaha nak mendekati Al-Quran. Semoga dengan usaha mereka, Al-Quran akan lebih dekat dalam hati para Muslim di situ. InsyaAllah

LANGKAH DAKWAH Read More »

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024

22 SEPTEMBER 2024 – Misi Kemanusiaan dan Dakwah Filipina diteruskan lagi. Menjejakkan kali lagi sekali di bumi Filipina ini, Ummah Care Malaysia membawa hajat memantau perkembangan dakwah yang dilaksanakan oleh para ustaz dan daie di sana. Antara program lain yang akan turut dilaksanakan adalah program mass dakwah, lawatan ke komuniti Islam, perjumpaan bersama para ustaz dan Daie serta lawatan ke masjid-masjid yang sedang dibina dan tapak masjid baru. Lawatan juga akan diadakan ke daerah Badian bagi melihat sendiri perkembangan terkini pembinaan Kompleks Masjid Al-Ummah dan Maahad Tahfiz An-Nasiriyyah. Selain daripada itu, misi kali ini mengambil peluang untuk menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran melalui Kursus Iqra’ kepada para Mualaf Filipina ini di kawasan-kawasan yang dikunjungi. Program mass dakwah pula akan turut meliputi pengagihan tudung dan telekung kepada Mualaf Muslimat bagi mendedahkan mereka kepada amalan menutup aurat dalam kehidupan sebagai seorang Islam. Turut serta dalam rombongan kali ini adalah Dato’ Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid dan Dato’ Mohd Sharizan bin Haji Abu selaku Jawatankuasa Antarabangsa Ummah Care Malaysia. Doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar dan dapat mencapai segala tujuan yang dinyatakan. Semoga Allah SWT merahmati Tuan Puan atas segala usaha Tuan Puan membantu kami ini.

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024 Read More »

BuMI CEBU, KAMI DATANG

PART 2 Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami tiba di Mactan Airport, Cebu, Filipina dengan selamatnya. Alhamdulillah. Kedatangan kami disambut oleh Ustaz Alimuddin, pengurus pusat Islam di Cebu. Kami dibawa ke destinasi pertama kami dengan menaiki sebuah van. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan sekitar kepualauan ini. Kami tiba di Pulau Lapu-Lapu sekitar jam 5 petang. Sampai di sana perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki ke Pusat Islam Lapu-Lapu iaitu Masjid Rahmaniyyah. Masjid Rahmaniyyah terletak di dalam kawasan yang agak jauh dari jalan utama.  Setibanya kami di situ, kami disambut gembira oleh kakitangan pusat Islam ini dan juga penduduk kampung yang sedia maklum akan kehadiran kami untuk misi kali ini. Kami turut diraikan dengan jamuan kecil-kecilan sebagai tanda penghargaan.

BuMI CEBU, KAMI DATANG Read More »

MASS DAKWAH PULAU OLANGO

Pulau Olango, sebuah pulau yang cantik di Cebu. Pulau ini turut menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai tempat. Muslim di Pulau Olango adalah minority, namun bertambah dari masa ke semasa hasil dakwah berterusan dari para pendakwah Islam di Filipina. Misi kali ini menyaksikan bahawa mereka bersikap terbuka dengan program-program mass dakwah yang dilakukan di kawasan mereka sekaligus memudahkan lagi urusan dakwah kami. وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)” (Surah Al-Fussilat: 33)     https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/mass-syahadah-pulau-Olango.mp4

MASS DAKWAH PULAU OLANGO Read More »

SANTUNI MUALAF CEBU

Program pertama di Cebu bermula di Pulau Olanggo iaitu Program Mass Dakwah. Pulau Olanggo dihuni oleh 35,000 penduduk. Islam di pulau ini bermula dengan hanya dua orang Muslim yang berasal dari Mindanao pada awal 2019. Alhamdulillah hasil usaha dan kerja keras dari pendakwah, jumlah penduduk Muslim meningkat kepada 1,500 pada ketika ini dengan penubuhan sebuah Masjid dan juga dua Islamic Centre. Syukur Alhamdulillah!! اللَّهُمَّ يَا مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ “Ya Allah, wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas ketaaatan kepada-Mu” Aktiviti kemudiannya dilanjutkan kepada Iftar Perdana sempena Puasa Hari Arafah di Masjid Rahmaniyyah Pulau Lapu-Lapu, sebuah masjid yang dibina atas sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin. Hari berikutnya dimulakan dengan persediaan Solat Eidul Adha dan juga Qurban. Ini kerana masyarakat di sini menyambut Hari Eidul Adha sehari lebih awal daripada masyarakat di Malaysia. Kru Dakwah Qurban berpeluang menunaikan solat Eidul Adha bersama-sama saudara seagama di sini, di sebuah masjid yang masih dalam pembinaan iaitu masjid Badian. Masjid ini di bawah pimpinan Ummah Care Malaysia dengan kerjasama Bridged Bakti Malaysia dan juga One Daawah Foundation, sebuah NGO Muslim di Cebu, Filipina.  Mendengar laungan takbir di masjid ini, hati terasa sayu dan gembira kerana dapat meraikan suasana ini bersama-sama masyarakat Muslim di sini Usai solat, semua ahli masyarakat bergotong-royong menyempurnakan ibadah Qurban dengan penyembelihan tiga ekor lembu dan juga 15 ekor kambing. Masyarakat semua berpeluang merasakan suasana jamuan Eidul Adha. Program seterusnya adalah program Mass Dakwah di bawah pimpinan Dato Abdul Razak bin Kechik, Presiden Bridged Bakti Malaysia yang menyaksikan seramai 500 orang penduduk di situ memeluk Islam. Masjlis mengangkat syahadah dipimpin oleh Hajah Asiah dan juga beberapa kru program. https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/document_6147658789827906175-2.mp4https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/07/Takbir-Eidul-Adha-Di-Filipina.mp4

SANTUNI MUALAF CEBU Read More »

MISI QURBAN DAKWAH NEPAL

QURBAN DAKWAH 1444/2023 : UKHWAH DI NEPAL 28 Julai 2023: Misi Qurban Dakwah 1444H/2023 menjejakkan kaki ke Biratnagar, Nepal. Misi qurban kali ini yang disertai oleh MAPIM Wilayah Persekutuan, Ummah Care Malaysia, Borderless Humanity, Insan Madani dan juga beberapa NGO lain membawa amanah dari rakyat Malaysia untuk disampaikan kepada yang memerlukan di sini. Penduduk di Nepal dianggarkan berjumlah 30.1 juta orang. Sumber pendapatan terbanyak adalah dari sektor pelancongan terutama berkaitan perlancongan Everest. Hanya 5% bersamaan 1.5M populasi daripada jumlah tersebut merupakan penduduk Muslim. Rata-rata mereka ini  dianggap sebagai golongan terpinggir di negara tersebut. Kebanyakan Muslim di negara Nepal ini merupakan miskin dhaif. Walaupun mereka memelihara lembu, qurban lembu dilarang sama sekali di sini atas faktor keagamaan iaitu Hindu sebagai agama rasmi negara. Mana-mana pihak boleh ditangkap dan dipenjara sekiranya didapati menyembelih lembu. Justeru, kerbau adalah alternatif bagi perlaksanaan ibadah qurban. Lokasi perlaksanaan ibadah qurban di Nepal bertempat di Pokhariya, Ukharkatta, Kamalpur dan Kadmaha, Biratnagar. Alhamdulillah sepanjang perjalanan di sana, sebanyak 28 ekor kerbau telah berjaya diqurbankan. Daging qurban dan juga beras telah diagihkan kepada setiap keluarga di perkampungan Muslim ini. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati semua yang terlibat dalam Misi Qurban Dakwah pada kali ini. 

MISI QURBAN DAKWAH NEPAL Read More »

misi DAKWAH QURBAN 1444/2023

MISI QURBAN DAKWAH 1444/2023 Kru Misi Qurban tiba di Cebu, Filipina lebih kurang jam 11 pagi. Sebelum memulakan perjalanan seterusnya, satu sesi penerangan ringkas berkaitan sejarah Pulau Lapu-Lapu disampaikan oleh Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria. Penerangan ini bagi membantu rakan-rakan kru lain yang terdiri dari ahli Masjid Al-Hasanah Bangi, Aqrab Alistiqamah dan wakil ANGKASA mendengar dengan penuh teliti penerangan yang diberikan.Misi Qurban Dakwah kali ini akan melibatkan beberapa Pusat Islam dan Masjid yang dikendalikan bersama di bawah Briged Bakti Malaysia (BBM) , Ummah Care Malaysia dengan kerjasama One Dakwah Foundation.Destinasi pertama dalam misi ini adalah Pulau Olango, sebuah pulau yang terletak di kawasan timur Lapu-lapu bagi melaksanakan Program Mass Dakwah bersama masyarakat di pulau tersebut. Iftar Perdana sempena Puasa Hari Arafah adalah antara aktiviti yang dirancang bersama masyarakat mualaf bertempat di Masjid Rahmaniyyah, Pulau Lapu-Lapu.

misi DAKWAH QURBAN 1444/2023 Read More »

INFAQ RAMDHAN DAN BAKUL KASIH UMMAH

Jom Infak di Bulan Ramadhan bersama Ummah Care Malaysia.Platform yang diyakini ,telus & mudah! Bulan Ramadhan adalah bulan yang dijanjikan Allah SWT sebagai bulan yang dilimpahkan dan digandakan ganjaran pahala dari Allah SWT. Dianjurkan kepada umat Islam untuk menghidupkan bulan mulia ini dengan segala amalan kebaikan. Sesungguhnya tidak sia-sia amalan kebaikan seseorang hamba Allah itu yang dilakukan dengan seikhlas hati terutama di bulan yang penuh keberkatan ini. 

INFAQ RAMDHAN DAN BAKUL KASIH UMMAH Read More »