HARMONI MASYARAKAT

“Allah tidak melarang kalian untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kalian karena agama, serta tidak (pula) mengusir kalian dari negeri kalian. Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kalian berkawan dengan orang-orang yang memerangi kalian karena agama, mengusir kalian dari negeri kalian, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kalian. Barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, mereka Itulah orang-orang yang zalim.” -Al-Mumtahanah:8

Hubungan antara masyarakat Islam dan Kristian bukan satu fenomena baru dalam tradisi agama Islam. Rasulullah s.a.w. pernah berinteraksi dengan orang-orang Kristian sebelum dan selepas turunnya wahyu. Ini menunjukkan bahawa agama Islam menghormati agama lain selagi mana ia tidak menzalimi Islam. Apa yang dilarang oleh Islam ialah untuk mengasihi mereka yang memerangi agama Allah taala dan memusuhi umat Islam secara nyata.

Di zaman moden ini, menghormati agama satu sama lain memberi kesan besar dalam masyarakat. Keharmonian masyarakat turut bergantung kepada rasa hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan fahaman akidah. Agama Islam tidak menyuruh umatnya menzalimi atau mencaci dan mencela agama lain dikhuatiri memberi contoh tidak baik dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.

Bagi masyarakat di negara kita ini, keharmonian dalam bermasyarakat perlu diberi perhatian kerana tidak dapat tidak ada yang hidup bersama masyarakat bukan Islam dalam kejiranan mereka. Saling menghormati, menjaga tingkah laku, bersopan dalam perbuatan dan perkataan adalah antara sikap yang perlu diterapkan dalam diri untuk mengekalkan keharmonian tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *