AIDIL ADHA 2026

Bulan Zulhijjah bukan sekadar bulan penting bagi ibadah qurban dan haji tetapi ia adalah bulan dan detik membetulkan semula hidup dan arah tuju kita. Mengambil kira bulan ini sebagai bulan terakhir dalam kalendar Islam, ibadah qurban bukan sekadar merujuk kepada sembelihan binatang qurban bahkan ia juga membawa maksud mengorbankan segala perkara dan amalan buruk terdahulu untuk menuju bulan baru dengan lebih baik dan bermakna. Oleh itu kita digalakkan memperbanyakkan berdoa terutama pada Hari Arafah kerana ada keberkatan dan keistimewaan yang tersendiri.

Bagi team Ummah Care Malaysia,  program qurban yang dijalankan bersama masyarakat Muslim Mualaf di Kepulauan Cebu, Filipina telah memberikan satu peluang untuk melaksanakan kebajikan kepada saudara seagama di kepulauan ini. Peluang berkongsi rezeki kepada masyarakat ini yang rata-ratanya miskin dan berpendapatan rendah.

Bukan sahaja daging dan beras, tudung dan telekung juga berjaya diagihkan kepada para muslimah mualaf di petempatan yang terlibat. Barang dan makanan yang disampaikan adalah barang keperluan yang mahal dan sukar didapati di kawasan mereka. Justeru program ibadah qurban dan agihan daging serta tudung ini memberi satu makna yang sangat besar kepada mereka.

Semoga team Ummah Care Malaysia dan semua yang terlibat diberikan kesempatan lagi untuk melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *