PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1)
Keberadaan kru Ummah Care Malaysia di Pulau Leyte memberi satu kesempatan untuk meninjau beberapa tapak cadangan untuk dijadikan pusat pembangunan ekonomi Muslim di situ. Ianya merupakan antara matlamat penting bagi membantu kestabilan perkembangan Islam di kepulauan ini untuk jangka masa yang panjang.
Sesi lawatan tapak tanah kali ini ditemani oleh Saudara Aqil iaitu Presiden One Dakwah Foundation Leyte. Kawasan tanah yang dicadangkan ini adalah sangat strategik kerana merupakan satu kawasan yang landai berkeluasan 8 hektar. Namun pemilik tanah ini ingin menambah lagi keluasan tersebut sebanyak 2.5 hektar menjadikan jumlah keseluruhan tapak tanah adalah sebanyak 10.5 hektar.
Di kepulauan Leyte ini kawasan landai agak sukar diperolehi kerana faktor geografinya yang berbukit. Oleh itu lokasi ini merupakan satu pilihan yang baik . Dengan keluasan dan faktor muka bumi di situ ianya amat membantu untuk dijadikan kawasan petempatan dan pusat pembangunan ekonomi Muslim setempat.
ummah care malaysia
Penghubung Kasih Ummah
