PUSAT PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH

BANTULAH WANITA-WANITA YANG MALANG SEMPENA RAMADAN

(Rebut Pahala Wakaf Berganda Dengan Cukupkan Dana Pembangunan Kompleks  Pusat Pemulihan Dadah, Akhlak dan Tahfiz Wanita Darul Jannah)

Kami cadangkan Ramadan ini, kita ambil peluang bersedekah sepanjang bulan supaya kita mendapat ganjarannya. Amin.

Bagaimana Cara Untuk Sertai?

1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.

2. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.

pengiktirafan ummah care malaysia

“Di bulan Ramadan, Banyakkan Bersedekah”

Bulan ini adalah bulan yang sangat afdal untuk bersedekah.

Harta yang akan kita awak sampai ke alam sana ialah sedekah jariyah.

Kompleks yang akan sentiasa menjana pahala untuk tuan-tuan dan puan-puan.

Mereka insan yang sangat memerlukan bantuan dari kita untuk kembalikan keyakinan diri dan diterima kembali ke dalam masyarakat.

Aktiviti mereka di sini akan dipenuhi dengan amal ibadah dan mencari keredhaan tuhan.

Tuan puan bayangkan jika

Mereka ini anak gadis tuan puan,

Mereka ini keluarga anda,

Mereka ini tidak bersalah..

Mereka mangsa keadaan.

InsyaAllah, pahala akan mengalir selagi mana kompleks yang dibina atas sumbangan tuan puan ini dimanfaatkan sehingga akhir.

Betapa hebatnya bersedekah/wakaf pada bulan Ramadan sehingga baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Sedakah yang paling utama adalah
sedekah pada bulan ramadan"

(Riwayat At-Tirmidzi)

Ayuh kuatkan azam kita untuk beramal, seumpama Ramadan ini adalah Ramadan terakhir kita.

“Tapi betul ke Kompleks Darul Jannah masih perlukan dana?”

Tuan puan, pada awalnya kami juga telah menggunakan dana kami sendiri untuk membina Kompleks Darul Jannah ini dan telah siap sebanyak 70%.

Namun, selepas siap pembinaan rupanya dana yang kami  sediakan tidak mencukupi untuk melengkapkan binaan Kompleks Darul Jannah ini. Jadi kami masih memerlukan sekitar RM 500 RIBU untuk menyiapkan koompleks ini. Sumbangan dari pihak tuan puan amat kami hargai.

 

Dana yang terkumpul akan digunakan untuk:

  • Membina pagar untuk keselamatan penghuni
  • Pemasangan siling
  • Kerja-kerja mengecat bangunan
  • Menyiapkan pondok pengawal
  • Melengkapkan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV dan sebagainya

Kami jamin, dana yang tuan puan infaqkan akan digunakan sebaiknya untuk pembangunan Kompleks Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah.

ini antara sebab kenapa kami bangunkan kompleks darul jannah ini

“Aku wasiatkan kepada kamu untuk berbuat baik kepada para wanita.”

(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas kita digesa untuk tidak berbuat zalim kepada kaum yang bernama wanita. Di dalam Islam mereka diberikan darjat yang tinggi untuk dilindungi dan disayangi, bukannya di zalimi oleh orang yang mereka sayang. Marilah kita bantu mereka dengan memberi mereka tempat berlindung dari tangan-tangan zalim dan kejam yang berada di luar sana. Tamatkanlah penderitaan mereka dan gantikanlah tangis mereka dengan senyuman.

Oleh itu, Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan Kompleks Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. Usaha ini bagi membantu melindungi wanita-wanita yang telah dianiaya dan salah laku daripada derita dan juga sengsara yang berterusan

Ummah Care Malaysia berhasrat memberi perlindungan dan pemulihan kepada mereke kearah kehidupan lebih baik dan bermakna. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu ada ruang untuk berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Harapan selalu ada buat mereka yang tidak pernah berputus asa.

Ayuh tuan puan, sempena Ramadan kali ini, kita bantu anak-anak dan wanita kita untuk rasa selamat dan tenang.

Kita hadiahkan mereka tempat berlindung dan tempat belajar agama.

Boleh percaya ke ummah care malaysia ni?

  • Ummah Care Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-003-07-15112066
  • Ummah Care Malaysia telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan, antaranya adalah bantuan kemanusiaan (dalam & luar negara), bantuan kecemasan bencana, bantuan makanan buat fakir miskin, agihan Al-Quran dan juga bantuan untuk mendirikan pondok pengajian.
  • Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan, bleh hubungi pegawai khidmat kami di talian: 04-786 0478

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *