MASJID IMPIAN BADIAN

Daerah Badian merupakan salah satu kawasan perkampungan minoriti bagi penduduk Muslim.  Perkampungan yang terdiri dari hampir 5000 orang penduduk Muslim ini kekurangan institusi keagamaan bahkan tempat solat. 

Justeru Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif untuk memulakan langkag membina sebuah masjid untuk kegunaan masyarakat Muslim di sini. Dengan kerjasama Bridged Bakti Malaysia (BBM) dan juga One Daawah Foundation (ODF), usaha membina masjid ini dimulakan pada 20 Mei 2023. Masjid ini bakal menjadi masjid pertama bagi daerah Badian ini.

Bermula dari sebuah kawasan lapang di Badian berlatarbelakangkan laut dan pantai, kerja-kerja pembinaan terus dimulakan sebaik mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan. Masjid ini akan mempunyai dua tingkat bagi memenuhi kapasiti penduduk Muslim bagi daerah ini.

Usaha pembinaan giat dijalankan tanpa mengira siang atau malam. Betapa mereka mahu masjid ini disiapkan secepat mungkin supaya dapat menjadi sebuah pusat ibadah di situ.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *