Berada di Pulau Lapu-lapu memberi satu peluang kepada kami untuk menjejakkan kaki ke satu petempatan miskin bandar di situ. Dikenali dengan Deca 5, ianya sebuah petempatan yang menempatkan hampir 100 penduduk Muslim.
Kali pertama kami berada di sini adalah pada Julai 2023, tatkala sambutan Hari Raya Qurban diadakan.
Suasana petempatan mereka di sini amatlah menyedihkan. Dengan kawasan perumahan yang serba dhaif, mereka terpaksa bersesak di dalam petempatan ini kerana tidak mempuyai pilihan lain.
Terkesan dengan keadaan mereka, kami mengambil inisiatif untuk membina sebuah surau untuk kegunaan mereka. Surau yang dicadangkan hanyalah sebuah surau yang ringkas sahaja.
Sekurang-kurangnya kami nak bantu menyediakan satu tempat untuk komuniti Muslim di sini melakukan aktiviti ibadah dan pengajian Islam. Penting surau ini kepada mereka terutama kepada generasi muda.
Jom bantu kami untuk bina sebuah surau untuk komuniti Muslim di Deca 5 ini.
Boleh menyumbang di:
Nama akaun: Ummah Care Malaysia
No. Akaun: 552095228394 (MAYBANK)
