Pengalaman pertama kali ke bumi Leyte memberi meninggalkan satu kesan yang mendalam kepada kru misi. Ditambah lagi apabila melihat program Mass Syahadah yang berlangsung di dewan Isabel.
Justeru itu, kru kami kembali lagi pada misi kali ini bagi membantu komuniti Muslim di sini. Setelah perbincangan diadakan, pihak Ummah Care Malaysia bersetuju membantu penduduk di sini membina sebuah ruang tambahan bagi kegunaan mereka. Penambahan ruang ini bertujuan membantu lebih ramai penduduk untuk solat berjemaah, melaksanakan pengajian agama dan juga aktiviti kemasyarakatan.
Proses pembinaan ruang tambahan masjid ini bermula secepat yang mungkin. Masing-masing berasa teruja kerana lebih ramai jemaah yang akan turut serta tatkala siapnya ruang tambahan ini nanti.
Kos keseluruhan pembinaan ruang ini dianggarkan sebanyak RM 10,000 sahaja. Anggaran jemaah di ruangan tambahan ini dianggarkan sebanyak 30-40 orang penduduk Muslim.
Doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT. SUngguhpun kecil sahaja ruang ini, namun bagi mereka besar maknanya.
