PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA
Tuan-tuan dan Puan yang dirahmati Allah,
Ingat lagi tentang kisah sebuah surau yang bakal diambil semula oleh pemiliknya di Carigara?
Boleh baca kisah ni di link ini https://ummahcaremalaysia.com/2024/04/18/caribara/
Hari ini kami akan kongsikan perkembangan projek pembinaan surau baru di daerah Carigara ini.
Perjalanan kami di bumi FIlipina bermula di Kepulauan Leyte. Kami menuju ke Daerah Carigara bagi melihat perkembangan sebuah surau yang dibaik pulih dan ditambah binaannya bagi menggantikan surau yang digunakan sebelum ini.
Kesibukan jadual perjalanan menyebabkan kami tiba di situ pada malam hari. Lebih tepat lagi di awal pagi jam 1:40 pagi. Masa yang singkat kali ini tidak membenarkan kami untuk berlengah-lengah dalam aturan aktiviti harian ini.
Menurut makluman Bro Mahmud, pembinaan surau ini telah dimulakan sejak 7 hari yang lalu. Struktur binaan mula kelihatan walaupun tidak sepenuhnya. Keadaan luaran gelap tanpa pemasangan lampu menyebabkan kami hanya bergantung kepada cahaya lampu suluh untuk melihat persekitaran pembinaan.
Di bahagian dalam ruangan dapur surau ini, kami dimaklumkan bahawa struktur bumbung akan dinaikkan supaya menjadi lebih luas. Kawasan tersebut akan dijadikan ruang solat Muslimat manakala di sebelahnya adalah kawasan Muslimin.
Melihat kepada perkembangan pembinaan surau ini, kami berasa sangat teruja. Surau ini dibina dengan hasil sumbangan Tuan Puan kepada Ummah Care Malaysia. Doakan segala urusan ini berjalan lancar supaya ia dapat memberi manfaat kepada penduduk Muslim di situ.
ummah care malaysia
Penghubung Kasih Ummah
