LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PUSAT EKONOMI LEYTE (PART 2)

Lokasi seterusnya yang dilawati oleh kru Ummah Care Malaysia adalah satu kawasan yang asalnya merupakan sebuah resort yang cukup luas dan menjadi pusat penternakan dan pertanian yang sangat memuaskan. Resort ini dilengkapi dengan kolam ikan yang besar, kandang haiwan ternakan dan juga pusat sembelihan haiwan ternakan. Di samping itu, ada juga kebun-kebun tanaman seperti nanas, buah naga, mangga dan juga pisang.

 

Melihat kepada persekitaran kawasan ini, tapak ini sangat berpotensi untuk menjadi pusat pembangunan ekonomi penduduk Muslim di Leyte khususnya. Dato Dr Abdul Razak selaku Penaung Ummah Care Malaysia yang turut sertai lawatan tapak bersama kru juga bersetuju mengenai potensi lokasi ini sekiranya tapak ini dijadikan pusat Pembangunan ekonomi komuniti Muslim di Leyte.

 

Walau bagaimanapun perbincangan lanjut akan dilakukan mengenai pemilihan lokasi yang sesuai. Apa jua hasil perbincangan tersebut pastinya diharapkan berupaya mencapai hasrat yang dicita-citakan seterusnya memberi impak positif kepada masyarakat Muslim di kepulauan ini khususnya.

ummah care malaysia

Penghubung Kasih Ummah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *