Alhamdulillah pembinaan kubah Masjid Al-Ummah, Daerah Badian, Cebu telah pun dimulakan pada awal Oktober 2026. Pembinaan ini telah mula dijalankan setelah dana kutipan mencukupi untuk menanggung kos kubah tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada Haji Rosely Samsudin dan rakan-rakan serta semua yang telah menyumbang dalam usaha membangunkan dan melengkapkan pembinaan masjid ini. Ummah Care Malaysia mewakili penduduk komuniti Islam di Badian sangat menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan demi menegakkan syiar Islam di bumi Cebu, Filipina ini. Semoga Allah SWT membalas setiap jasa dan sokongan yang diberikan dengan ganjaran yang terbaik dari sisi-Nya. Aamiin.
