Ogos 2023, sekali lagi Ummah Care Malaysia bersama Bridged Bakti Malaysia (BBM) menjejakkan kaki ke tanah Cebu di Filipina. Kali ini ianya menumpukan kepada lawatan ke projek pembinaan masjid mualaf yang sedang dalam pembinaan di samping menyampaikan sumbangan pembinaan masjid ini untuk fasa pembinaan seterusnya.
Masjid Mualaf di Badian, Cebu ini akan menjadi satu-satunya masjid di kawasan ini. Ketika ini penduduk Muslim di situ menggunakan pusat Islam sebagai pusat aktiviti keagamaan. Justeru pembinaan masjid ini amatlah dinanti-nantikan oleh mereka yang berjumlah lebih 5000 penduduk Muslim.
Masjid Mualaf ini akan dibina sebanyak dua tingkat; tingkat bawah untuk muslimin dan tingkat atas untuk muslimat. Masjid ini juga dikelilingi dengan pemandangan yang amat mendamaikan jiwa.