HADIAH DARI MALAYSIA

“Inilah yang mampu kami hadiahkan kepada kamu wahai saudara seagama kami”

-Rakyat Malaysia

Menginjak ke pertengahan tahun 2023  tercetuslah satu hasrat untuk menubuhkan sebuah masjid di atas sebidang tanah di daerah Badian ini.

Masjid ini akan menjadi 

  • pusat aktiviti keagamaan
  • pusat kemasyarakatan
  • tempat pengajian ahli masyarakat Islam

Sebab utama masjid ini ditubuhkan adalah bagi menyediakan satu tempat solat bagi lebih 5,ooo penduduk Muslim di Badian ini.

5,000 orang penduduk Muslim tapi tempat ibadat tidak ada!!!

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Takkan kita nak tengok saja?

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Atas doa dan usaha serta keprihatinan yang diberikan, usaha membina masjid dapat dimulakan pada Mei 2023. Sehingga September 2023 ini, inilah hasil yang berjaya disiapkan oleh tenaga kerja di sana.

Kerja yang bukan mudah namun Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah SWT.

Kita tak mampu nak datang ke pulau ini dan turut serta membina masjid ini untuk mereka.

TAPI

Kita mampu berdoa dan menyumbang sekadar yang ada untuk memudahkan proses pembinaan masjid ini dengan sebaiknya.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian,

Ini adalah hadiah dari Muslim di Malaysia kepada Muslim di Cebu, Filipina.

Hadiah kepada saudara seagama.

مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *