SANTUNI ANAK YATIM SABAH

Tanggal 17 November 2023, Ummah Care Malaysia diwakili oleh Presiden, Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria dan juga penaung, Dato Dr. Abdul Razak berangkat ke Sabah, negeri di bawah bayu bagi misi seterusnya; Menyantuni anak- anak yatim di bumi Sabah.

Dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau, team Ummah Care Malaysia melalui Tamruli, Pekan Nabalu dan seterusnya Kundasang. Namun kabus tebal menghalang pemandangan Gunung Kinabalu.
 
Setibanya di Ranau, team kami disambut oleh Ustaz Rosli Pengerusi Briged Bakti Malaysia Sabah, Saudara Ali dan juga Ustaz Hishamuddin.
 
Setelah melewati pemandangan yang menakjubkan di sepanjang perjalanan, team kami akhirnya tiba di  destinasi yang dituju iaitu Rumah Putera Harapan, RPH Daerah Ranau. RPH ini merupakan sebuah pusat perlindungan untuk anak yatim, gelandangan dan asnaf di sini.
Alhamdulillah MOU pertama dalam pendidikan dan dakwah serta kebajikan antara Ummah Care Malaysia dan pihak Rumah Putera Harapan, Daerah Ranau, Sabah berjaya dimaterai.
 
Saya mewakili Ummah Care Malaysia selaku Presiden dan Rumah Putera Harapan diwakili oleh pengurus Ustaz Sabri Abdullah.
Majlis disaksikan oleh Penaung Ummah Care Malaysia Dato Dr Abdul Razak bin Kechik.
 
Semoga MOU ini akan mencetuskan lebih banyak gerak kerja bagi membangunkan Umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
 
Doakan usaha kerdil ini dirahmati Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *