KOMPLEKS MASJID PUSAT ILMU KUALA PAI

MASJID UNTUK SEMUA

Pusat Ilmu Kuala Pai merupakan sebuah kawasan di pinggiran yang terletak di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah. Ianya merupakan sebuah kawasan di bawah pengurusan Ummah Care Malaysia. Kedudukan pusat ilmu ini ialah 15.8 KM dari Pekan Kuala Nerang dan 11.8 KM dari bandar Pokok Sena.

Pusat Ilmu Kuala Pai mempunyai Kompleks Warga Emas Baitun Nur dan Akademi Al-Quran dan Dakwah Ummah (AQDU). Kompleks Warga Emas Baitun Nur mempunyai sebuah bangunan yang terdiri dari 6 unit rumah yang sedia untuk didiami manakala AQDU pula merupakan sebuah tahfiz. Tahfiz ini disertai oleh para pelajar dari dunia negara ketiga seperti Vietnam,Kemboja, Indonesia dan beberapa negara lain. Pengajian mereka adalah di bawah tanggungang Ummah Care Malaysia sepenuhnya.

Walaupun pusat ilmu ini mempunyai dua institusi di situ, tempat ini masih kekurangan pelbagai aspek. Paling ketara ialah ketiadaan surau atau masjid untuk dijadikan pusat aktiviti di situ. 

 

Sebelum ini, sebuah surau telah didirikan. Namun ruangnya terhad dan tidak mampu menampung jemaah yang ada. Kekurangan ini menyebabkan ianya terpaksa diubah kepada sebuah masjid ghairu jamek.

 

 

Namun begitu proses pembangunan masjid ini bukanlah mudah. Banyak yang diperlukan untuk membolehkan ianya dapat digunakan oleh penghuni-penghuni di pusat ilmu ini serta penduduk sekitar.

Ummah Care Malaysia telah berjaya memulakan proses pembangunan masjid ini hasil sumbangan Tuan Puan yang dirahmati Allah SWT sekalian. Namun dana yang ada masih tidak mencukupi. Kami masih memerlukan dana sebanyak RM300,000.00 lagi untuk meneruskan pembangunan masjid ini. Kos ini merangkumi pembelian barangan pembinaan, kos sewa peralatan dan mesin serta lain-lain kos berkaitan pembinaan masjid ini.

Sabda Baginda saw: « مَنْ بَنَى للهِ مَسْجِدًا يَبْتَغِيْ بِهِ وَجْهَ اللهِ؛ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ »

Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. (HR al-Bukhari dan Muslim daripada Sayyiduna ‘Uthman radhu)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *