Misi kami diteruskan ke tanah tinggi di Kepualauan Negros. Kali ni kru misi kembali menjejakkan kaki ke perkampungan Eli, sebuah perkampungan yang pernah kami ziarahi pada misi kami akhir tahun 2023.
Terletak di La Libertad, Negros perkampungan ini hanyalah sebuah perkampungan yang kecil di atas gunung. Terdapat sebuah masjid yang kecil dan usang yang digunakan untuk aktiviti ibadah di situ.
Kru kami dimaklumkan bahawa pada tahun 2018, penduduk Muslim hanyalah dua orang. Alhamdulillah kini jumlah mereka adalah dalam 100 orang yang memeluk Islam.
Tatkala berbincang dan beramah mesra dengan penduduk Eli, kami difahamkan bahawa Islam telah memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, mabuk danĀ pergaduhan adalah perkara biasa bagi mereka. Namun setelah mengenali Islam, kehidupan mereka jauh lebih aman dan damai. Masing-masing lebih menghormati antara satu sama lain.
Alhamdulillah sesungguhnya Islam itu agama keamanan.

